suria

Mydin Perluas Pembayaran Digital

MYDIN Mohamed Holdings Bhd (Mydin), pasar raya besar yang memiliki 145 cawangan menggunakan sistem pembayaran digital di semua cawangannya seluruh negara.

Ketua Bahagian Komunikasi & Pemasaran Jenama Mydin, Sabariah Mohd berkata, sejak 2015 lagi Mydin menggunakan sistem tersebut di beberapa cawangannya.

“Bermula pada suku keempat 2016, cara pembayaran elektronik diselaraskan di semua cawangan Mydin seluruh negara,” katanya.

Menurutnya, ketika baharu diperkenalkan, kebanyakan pelanggan Mydin tidak suka untuk menggunakannya.

“Ia mungkin kurang didedahkan dengan sistem pembayaran sedemikian ketika itu. Dan pelanggan khuatir ia kurang selamat dengan hanya menggunakan sistem pay wave tanpa menurunkan tandatangan.

“Namun dari tahun ke tahun, lebih 50 peratus pelanggan di pasar raya besar ini menggunakan pilihan pembayaran elektronik tersebut dan mahu digunakan berulang kali ketika membelibelah di cawangan Mydin,” katanya.

Diakui penggunaan pembayaran elektronik atau digital lebih memudahkan urusan pelanggan dan cepat.

“Mereka hanya gunakan kad kredit atau debit, dan teknologi digital lain untuk membuat bayaran," katanya. 

Dari segi keselamatan pula, katanya, penggunaan pembayaran elektronik baginya lebih selamat berbanding tunai.

Mydin

Artikel Berikut

Artikel Lain