PENYANYI Bella Astillah mengakui terpaksa menggadaikan kisah rumah tangganya dahulu kerana ingin memberi pengajaran kepada orang ketiga yang cuba mendekati suaminya, Aliff Aziz. Menurut Bella, tindakannya itu bukan bertujuan untuk meraih simpati orang ramai, namun sekadar ingatan kepada wanita bergelar selebriti yang cuba merosakkan perkahwinan mereka. "Dulu tak ada niat nak minta simpati, menangis-menangis tak ada... apa Bella buat dulu untuk jadi pengajaran kepada orang sekeliling. ARTIKEL BERKAITAN: Bella Astillah mengaku rujuk ketika dalam edah, kini sedang hamil - “Saya tawakal dan hanya mampu merancang” "Maaf kena terangkan benda ni, (kisah) dahulu itu sebab wanita-wanita berkenaan berstatus artis jadi saya kena hentikan biar mereka nampak Bella berani dan mereka tak berani nak dekat suami orang dah. "Ya, suami saya pun salah, tapi Bella marah dua-dua sebab itu saya gadaikan kisah rumah tangga kami dekat orang supaya wanita yang bergelar public figure itu tahu mereka tak patut buat macam tu," katanya menerui siaran langsung di Instagram. Bella jelaskan sebab dia berkongsi kisah rumah tangga di laman sosial tahun lalu. Bella menjelaskan mengenai tindakannya berkongsi kisah rumah tangga di laman sosial tahun lalu. Bella dan Aliff bercerai pada 16 Mei tahun lalu selepas penyanyi lagu Sayang Sayang ini beberapa kali kantoi berlaku curang dengan wanita bergelar selebriti. Siapa nak malukan rumah tangga sendiri, sebolehnya kita nak tunjuk yang baik saja. Siapa yang nak kahwin untuk cerai! BELLA ASTILLAH PENYANYI Bagaimanapun, pada Ahad lalu, Bella mengesahkan dia dan Aliff sudah kembali rujuk sebagai suami isteri ketika mereka masih dalam edah dipercayai Julai tahun lalu. Malah, dia turut mengakui dirinya kini sedang hamil. Sementara itu, penyanyi lagu Tenang ini mendedahkan dia dicabar oleh individu tertentu sehingga memaksanya mempertahankan haknya sebagai isteri. Bella dan Aliff sudah rujuk sebagai suami dan isteri pada tahun lalu. "Orang nampak masa tu Bella lemah... isteri yang takkan buat apa-apa, kena tindas tak berani, orang tak tahu ada orang-orang ni cabar Bella, berapa kali dah maafkan, korang tak tahu! "Siapa nak malukan rumah tangga sendiri, sebolehnya kita nak tunjuk yang baik saja. Siapa yang nak kahwin untuk cerai, jadi jodoh takdir tak boleh nak paksa Allah tentukan. "Bella dah lalui sepanjang hidup ada pilihan, dah jumpa macam-macam tapi kita sentiasa ada pilihan, Bella dah belajar dari kesilapan dulu terlalu ikut emosi," katanya. Bella dan Aliff berkahwin pada 9 September 2016 dan dikurniakan seorang cahaya mata Mohamad Ayden Adrian yang kini berusia tiga tahun. Untuk makluman, tempoh edah perlu dijalani seseorang wanita iaitu sebanyak tiga kali suci atau lebih kurang empat bulan selepas bercerai.