suria

“Allah hanya pinjamkan buat seketika” - Datuk kepada Aidil Aziz meninggal dunia, Fasha Sandha sedih tak dapat beri penghormatan terakhir

Fasha Sandha sedih hanya sempat menumpang kasih Datuk kepada Aidil Aziz hanya sementara.

PELAKON Fasha Sandha meluahkan kesedihan atas pemergian datuk kepada suaminya iaitu Ishak Abdul Rahman pada Rabu lalu.

Menurut Fasha, kehilangan arwah cukup dirasai kerana hubungan mereka mula rapat sejak dia berkahwin dengan Aidil Aziz.

"Atok Haji Ishak adalah ayah kepada bapa mentua saya, Aziz. Dia adalah satu-satunya datuk lelaki yang pernah saya ada.

ARTIKEL BERKAITAN: “Dahlah mahal, kepam... tak berkualiti!” - Fasha Sandha kecewa bantal dibeli secara online indah khabar dari rupa

"Saya sempat berkasih sayang dengan atok selama setahun lebih sahaja dan atok meninggal dunia pada 29 April lalu.

"Saya tak pernah ada atok lelaki kerana atok sebelah ibu bapa telah meninggal semenjak saya masih di sekolah rendah," katanya kepada mStar.



Gambar kenangan Fasha bersama datuk Ishak.

Sebelum itu, Fasha berkongsi klip video kenangan bersama arwah datuknya menerusi laman Instagram.

"Atok dah pergi... mohon semua sedekahkan Al-Fatihah buat my one and only datuk lelaki sepanjang hidup di dunia ni. Allah hanya pinjamkan buat seketika dan atok tetap diingatan selamanya," tulisnya.

Sementara itu, Fasha berkata dia dan suami tidak dapat memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham kerana akur dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).



Fasha bersama suami, Aidil Aziz.

"Atok meninggal dalam tempoh PKP jadi tak ramai yang dapat menguruskan kematian dan pengebumian... kami hanya dapat mendoakan dari jauh dan hanya anak-anak saja yang dapat ke kubur kerana had yang ditetapkan.

"Walau hanya untuk seketika, saya bangga menjadi cucu atok Ishak, seorang perwira negara yang pernah menerima banyak pingat kerana jasanya pada negara. Al-Fatihah!," ujarnya.

Ishak yang juga merupakan pesara askar meninggalkan seorang isteri dan sembilan orang anak.

Bapa Aidil iaitu Aziz Ishak merupakan anak sulung pasangan tersebut.

Fasha berkahwin dengan Aidil di Perlis pada 30 Mac tahun lalu.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Fasha Sandha, Aidil Aziz

Artikel Lain