suria

Hafreez Adam sedar diri jadi pengecut selepas bergelar pelakon - “Aku tak nak orang nampak kelemahan, terlalu takut dinilai”

Hafreez menyedari dirinya tidak akan pernah menjadi sempurna seperti yang diinginkan.

PELAKON Hafreez Adam menyedari dirinya seorang pengecut dan tidak akan menjadi sempurna seperti yang diinginkan selepas terbaca semula penulisan-penulisannya di blog miliknya yang ditarik semula daripada tatapan umum.

Hafreez, 30 berkata dia bertindak menyimpan semula penulisan mengenai dirinya hampir putus asa kerana enggan membiarkan orang luar melihat kelemahan dan menilai dirinya melalui catatan itu.

ARTIKEL BERKAITAN: “Jangan tanya... tak mahu ada kaitan dengan dia lagi” - Hafreez Adam komen isu mesej Zara Zya dengan seorang wanita

"I don't know why. Lately aku banyak fikir benda-benda lama. Terjumpa balik post itu. Aku revert balik dalam blog masa drama pertama keluar tak silap. Jadi, ada dalam 'draft' sejak itu.



Hafreez sedar dirinya berubah selepas bergelar pelakon.

"Dan aku tidak tahu kenapa tapi ia benar-benar beri kesan. Aku seorang pengecut. Aku revert post itu sebab aku takut akan dinilai.

"Aku mahu menjadi sempurna. Aku mahu menjadi contoh jika teruskan berlakon. Jadi, aku tak nak orang nampak kelemahan aku dan aku baru sedar yang aku tidak akan menjadi sempurna," katanya.

Hafreez memuat naik beberapa paparan skrin status yang pernah di muat naik di Instastory beberapa hari lalu di laman Instagramnya pada Isnin.

Lepas ingat apa jadi terus rasa aku ini pengecut. Pentingkan diri pun ya juga.

HAFREEZ ADAM

PELAKON

Dalam pada itu, bekas tunang kepada pelakon Zara Zya ini berasa kecewa dan menyesal tidak menjalani kehidupan yang diimpikan disebabkan terlalu takut dengan penilaian orang luar terhadap dirinya.



Hafreez kecewa dengan dirinya yang banyak berubah.

"Cuba la macam mana pun, cuba la jadi positif macam mana pun, aku tetap tidak akan jadi. Aku terlalu takut dengan apa orang akan cakap bila aku nak buat sesuatu. Jadi, akhirnya aku tidak jalani kehidupan sepenuhnya pun.

"Banyak betul berubah sebenarnya seorang Hafreez Adam ini. Saya terfikir untuk letakkan semula di blog. Muat naik balik. Tapi takut akan nilai berdasarkan itu," ujarnya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Hafreez Adam, Zara Zya,

Artikel Lain