suria

Niat Sheila Mambo ajar cara cuci ‘face mask’ untuk bantu individu kurang mampu - “Saya nak tegur tapi takut aibkan mereka”

Sheila Mambo ajar cuci dan pakai semula pelitup muka.

TINDAKAN pelakon senior Sheila Mambo menunjukkan demonstrasi mencuci pelitup hidung dan mulut jenis pakai buang (face mask) di laman Instagram mengundang pelbagai komen daripada netizen.

Menjelaskan tindakannya itu, Sheila berkata apa yang diajar itu bertujuan membantu individu yang kurang berkemampuan membeli pelitup muka.

"Aduh, kelakar juga! Okay biar saya jelaskan niat saya sebenarnya. Saya nak menegur sesetengah pemakai mask secara terus terang pada orang yang saya tak kenal takut nanti mengaibkan mereka.

ARTIKEL BERKAITAN: “Pelakon sama seperti nelayan, turun ke laut baru ada hasil” - Shiela Mambo minta netizen faham nasib anak seni

"Jadi secara sopan saya memberikan tunjuk ajar lebih baik sebab kita tak tahu kemampuan seseorang. Ada yang paling tak sedap mata memandang, mask dia orang kotor sangat-sangat... dah nampak warna putih.

"Malah saya juga pernah beri mask yang saya bawa lebih pada orang yang kadang-kadang orang tua, pakai mask yang satu lapis, ada yang getah dah putus. Ada yang anak ramai tapi yang pakai hanya dua anak, yang dua lagi tak ada kata ibunya tak cukup," katanya menerusi Instagram.



Sheila jelaskan sebab ajar cuci pelitup muka.

Bersama kapsyen itu, Sheila turut berkongsi paparan skrin artikel sebuah portal hiburan yang menulis mengenai tindakannya mencuci pelitup muka.

Sebelum itu, Sheila mengakui terpaksa mencuci semula pelitup muka pakai buang yang sudah digunakan untuk dipakai semula.

Jangan kritik, kutuk atau cemuh saya... insyaAllah kita doa semoga Covid-19 pergi dan terhapus!

SHEILA MAMBO

PELAKON

Dia berbuat demikian kerana kos perbelanjaan untuk membeli pelitup muka bukanlah murah apatah lagi perlu digunakan setiap hari seperti yang diwajibkan oleh pihak kerajaan.

Meskipun ada yang tidak bersetuju dengan tindakan Sheila, namun ada juga netizen mengakui turut melakukan perkara yang sama memandangkan tidak berkemampuan sehingga terpaksa mengulang pakai semula pelitup muka yang sama.



Sheila terima banyak mesej individu mahu sumbang pelitup muka.

Gara-gara perkongsiannya itu, Sheila berkata dia menerima banyak mesej daripada individu yang mahu memberinya topeng muka secara percuma.

"It's just a general education. Dengan asbab video saranan saya semalam, ramai yang DM saya nak bagi mask percuma yang boleh pakai cuci, Allahuakbar!

"Rupanya ramai manusia yang sangat tinggi budi dan keprihatinan mereka. Terima kasih banyak-banyak semoga Allah mempermudahkan segala urusan semua.

"Jangan kritik, kutuk atau cemuh saya... insyaAllah kita doa semoga Covid-19 pergi dan terhapus," ujarnya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain