suria

Tahniah! Tomok dapat ‘baby girl’

Tomok dan isteri menimang cahaya mata ketiga pada Khamis.

PENYANYI Tomok menimang cahaya mata ketiga selepas isterinya iaitu Rahayu Abbas selamat melahirkan seorang bayi perempuan pada Khamis.

Tomok atau nama sebenarnya Shah Indrawan Ismail, 36, berkongsi khabar gembira itu di Instagram pada malam Khamis.

ARTIKEL BERKAITAN: “Arrian dan Andra nak dapat adik!” - Tomok umum isteri hamil tiga minggu

"Assalamualaikum semua. Alhamdulillah isteri saya selamat melahirkan seorang baby girl hari ni.

"Alhamdulillah terima kasih Allah. Terima kasih semua atas ucapan dan doa buat isteri dan anak saya. Alhamdulillah," tulisnya.

Penyanyi itu turut menerima ucapan tahniah daripada peminat dan rakan-rakan artis.

“Tahniah Tomok dan Ayu” ujar Shiha Zikir.



Tomok dan isterinya, Rahayu Abbas bersama anak mereka.

"Alhamdulillah," tulis Scha Alyahya.

Tomok berkahwin dengan Rahayu Abbas pada 2 Julai 2011.

Pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata lelaki iaitu Arrianshah Akid, 9, dan Andrashah Iman yang berusia enam tahun.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Tomok

Artikel Lain