IBU kepada pengacara Neelofa iaitu Datin Noor Kartini Noor Mohamed membuat keputusan untuk membatalkan permohonan trademark nama produk makanan ‘Harimau Menangis’ di Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) yang sebelum ini menimbulkan rasa kurang senang segelintir netizen di Twitter. Tampil membuat penjelasan mengenai perkara itu pada sidang media pada Khamis, Noor Kartini meminta maaf dan sedar akan kekhilafan yang terjadi dan berharap keputusan itu dapat meredakan keresahan masyarakat. "Saya ingin memohon maaf dan sedar akan kekhilafan yang sedang terjadi dan saya berharap keputusan yang saya buat hari ini dapat meredakan keadaan. ARTIKEL BERKAITAN: Ibu Neelofa mohon maaf, mengaku terlepas cakap isu trademark daging harimau menangis "Untuk makluman semua, saya membuat keputusan untuk membatalkan permohonan trademark nama harimau menangis dengan secepat mungkin," ujarnya. Noor Kartini sekali lagi menjelaskan tujuan asal dia ingin memohon trademark tersebut adalah untuk melindungi jenama perniagaannya daripada masalah produk tiruan. Saya berharap keputusan yang saya buat hari ini dapat meredakan keadaan. NOOR KARTINI PEMILIK NOOR KHAN ENTERPRISE Tujuan asal saya memohon trademark ini adalah untuk melindungi jenama perniagaan saya dan juga ejen-ejen jualan kami daripada masalah produk tiruan dan sesungguhnya tiada niat saya untuk tutup pintu rezeki sesiapa dan saya percaya rezeki kita masing-masing datang daripada Allah SWT. Noor Katini membatalkan permohonan trademark nama harimau menangis. Dalam kenyataan sama, dia turut menjelaskan agar isu ini tidak dipanjangkan lagi serta mendoakan kesejahteraan orang ramai dalam menjalani tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). "Saya harap isu ini selesai, saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mendoakan kesejahteraan dan keselamatan semua sepanjang tempoh PKP ini, stay safe, stay at home," ujarnya. Pada Selasa, tular foto memaparkan permohonan pendaftaran logo atau cap dagangan (trademark) yang telah diisi oleh Noor Kartini berkenaan dengan penggunaan nama ‘harimau menangis’. Malah video daripada Instastory Noor Kartini berkenaan pengakuannya bahawa nama ‘harimau menangis’ sudah didaftarkan juga hangat menjadi perdebatan netizen. “Letaklah harimau beranak ke, harimau kentut ke tapi bukan harimau menangis, ” katanya dalam video tersebut sambil memasak. Gara-gara itu, netizen di laman Twitter menegur tindakan Noor Kartini mendaftarkan nama tersebut kerana nama ‘harimau menangis’ sudah lama digunakan dan bukanlah hak eksklusif sesiapa.