TERPAKSA berbagi masa antara belajar dan menguruskan adik istimewa, ia tidak menghalang remaja bernama Nurul Izzati Zainuddin untuk mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Cerita Izzati, dia tidak akan mengabaikan tanggungjawab membantu ibunya menguruskan adik kelainan upaya walaupun perlu mengulangkaji pelajaran.ARTIKEL BERKAITAN: PU Riz nak bagi RM300... siapa dapat 5A SPM 2020 boleh ‘DM’ laju-laju "Waktu belajar dan waktu menjaga adik saya tak pernah terabai, tak rasa terganggu. "Ketika saya tengah belajar, mak dan ayah akan jaga adik. Selepas itu saya akan ambil alih pula tugas itu," ujarnya. Izzati berkogsi cerita bersama PU Riz ketika sesi live. Izzati merupakan salah seorang calon SPM 2020 yang bertuah menerima hadiah berupa wang tunai sebanyak RM300 daripada pendakwah muda yang juga Pencetus Ummah (PU) Riz. Remaja yang memperoleh keputusan minimum 5A itu berkongsi pengalamannya pada sesi Instagram live bersama Riz. Ketika saya tengah belajar, mak dan ayah akan jaga adik. Selepas itu saya akan ambil alih pula tugas itu NURUL IZZATI ZAINUDDIN PELAJAR 5A Pada Jumaat Riz atau nama sebenarnya Muhammad Haris Mohd Ismail, 26, menawarkan ganjaran RM300 kepada pelajar yang mendapat keputusan minimum 5A dalam SPM 2020 yang diumumkan pada Khamis. Dia mengajak semua pelajar terpilih menyertai sesi siaran langsung di Instagram kira-kira pukul 2.45 petang, Sabtu.[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI] Suami kepada selebriti dan usahawan Neelofa itu memilih 30 pelajar bertuah dengan pelbagai latar belakang sebagai galakan kepada mereka untuk terus belajar. Ujar Riz, dia cukup kagum dengan pencapaian remaja-remaja berkenaan walaupun terpaksa mengharungi pelbagai dugaan khususnya pandemik Covid-19. PU Riz dan Neelofa sama-sama hulurkan bantuan. "Alhamdulillah saya kagum dengan semua adik-adik yang cemerlang SPM ni. “Bukan sahaja cemerlang dalam pelajaran, rata-rata mereka semua petah bercakap, celik intelektual... rasa macam bercakap dengan orang dewasa, ” katanya. Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!