SELEPAS empat bulan disahkan bebas daripada jangkitan Covid-19, penyanyi Syafiq Farhain berkata dia tidak mengalami sebarang komplikasi atau masalah dalaman pasca jangkitan virus tersebut. Menurut Syafiq atau nama sebenar Nursyafiq Farhain A.M Salim, 27, dia boleh melakukan semua aktiviti harian dan tidak berdepan sebarang simptom Covid-19 berpanjangan atau long Covid sejak disahkan bebas hujung Februari lalu. "Alhamdulillah buat masa ini saya tak ada berdepan sebarang masalah dalaman akibat Covid-19... selalu dengar orang kata akan ada gejala mudah sesak nafas dan lemah badan, tapi syukur saya tak alami simptom itu. ARTIKEL BERKAITAN: Buat 'swab test' selepas rasa tak sedap badan, Syafiq Farhain sah positif Covid-19 - “Maafkan saya kerana menyusahkan” "Sekarang ini semua aktiviti saya boleh buat, tak ada masalah... nak berlari ke, memanjat ke... okay sahaja! Semasa saya positif Covid-19 dulu pun saya tak berdepan sebarang simptom, hanya hilang deria rasa dan bau sahaja. "Mungkin sebab sebelum ini saya aktif berjoging, main bola dan pergi gim... dalam seminggu ada la empat hari berpeluh, mungkin itu faktor membantu menguatkan antibodi!" katanya kepada mStar. Syafiq boleh bekerja dan meneruskan aktiviti harian seperti biasa. Pada 11 Februari lalu, Syafiq berkongsi berita sedih memaklumkan dirinya disahkan positif Covid-19 selepas melakukan ujian calitan. Penyanyi lagu Sayang Maafkan Aku ini membuat ujian calitan itu apabila mula berasa tidak sedap badan. Sepatutnya lagu Kau Bidadari ini keluar sejak awal tahun lalu tapi sebabkan Covid-19 banyak benda tertangguh! SYAFIQ FARHAIN PENYANYI Dia menjalani kuarantin kendiri di rumah selama dua minggu sehingga disahkan bebas daripada jangkitan virus tersebut. [Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI] Bercakap mengenai karier nyanyian, anggota bomba yang bertugas di Putrajaya ini berkata, dia teruja dan tidak sabar menanti pelancaran lagu terbaharunya berjudul Kau Bidadari. Syafiq jaga kesihatan dengan bersenam. Meskipun negara sedang melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Syafiq berkata ia sama sekali tidak akan menganggu rangka promosi lagu berkenaan. "InsyaAllah minggu depan Kau Bidadari akan dilancarkan di semua platform digital... sepatutnya lagu ini keluar sejak awal tahun lalu tapi sebabkan Covid-19 banyak benda tertangguh! "Akhirnya semua dah siap dan kita akan terus lancar dan promo lagi ini... sejujurnya memang ada sedikit kesulitan nak promo lagu dalam situasi pandemik ini tapi kita cuba la memaksimakan penggunaan media sosial sebagai ruang promosi. "Saya harap peminat berpuas hati dengan buah tangan baharu ini dan memberikan sokongan penuh kepada lagu ini ya," katanya. Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!