suria

Nazrief Nazri ‘pening kepala’ layan isteri mengidam, siap kena DIY studio photoshoot - “Sekarang dia mengidam beg LV... pelik betul”

Nazrief Nazri teruja bakal bergelar bapa.

BAKAL menimang cahaya mata pertama pada Julai ini, pelakon Nazrief Nazri akui teruja namun berdebar untuk memikul tanggungjawab sebagai bapa.

Menurut Nazrief atau Mohamad Nazrief Mohamad Nazri, 30, segala persediaan seperti pakaian dan barang keperluan sudah disediakan memandangkan kandungan isterinya kini memasuki usia lapan bulan.

"Persiapan untuk baby semua dah beli. Isteri buat research jenis keperluan yang perlu ada, kemudian saya yang pergi beli.

ARTIKEL BERKAITAN: Setahun berkahwin, Nazrief Nazri bakal bergelar bapa - “Baru keluar story dekat mStar fasal anak, isteri beritahu hamil!”

"Tapi sebelum melahirkan anak nanti, isteri minta nak photoshoot. Jadi terpaksalah saya buat studio sendiri, pacak lighting lepas tu tangkap gambar," katanya kepada mStar pada Sabtu.

Sementara itu bercerita mengenai pengalaman menjaga isteri hamil, pelakon drama Makmum Yang Paling Aku Cinta ini berkata isterinya, Aizatul Akma, 27, mengidam untuk mendapatkan sesuatu yang agak pelik.

Nazrief dan Aizatul Aqma mendirikan rumah tangga pada 15 november 2019.

"Mula-mula tu normal la mengidam nak makan cempedak goreng, mangga harum manis dan ikan siakap bakar. Paling pelik sekarang dia mengidam beg LV, pelik betul mengidam tu.

"First trimester paling teruk la kerana muntah-muntah, badan lembik, tak boleh masuk dapur bau ikan... semua tak boleh.

"Lepas tu malam-malam sebelum tido saya kena pakai perfume, dia nak bau wangi je. Alhamdulillah sekarang ni dah normal tapi dia cepat penat," katanya.

Paling pelik sekarang dia mengidam beg LV, pelik betul mengidam tu.

NAZRIEF NAZRI

PELAKON

Ditanya tentang jantina anak yang bakal dilahirkan, Nazrief berkata dia dan isterinya memilih untuk merahsiakannya buat sementara waktu.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Bagaimanapun mereka berjanji untuk berkongsi khabar gembira itu apabila tiba masanya nanti.

"Isteri yang pilih nama anak kami. Saya kena mengalah kali ni. InsyaAllah peluang anak kedua nanti saya pula akan bagi nama.

Nazrief telah menerima suntikan vaksin untuk dos pertama.

"Tapi sebenarnya takut juga dalam keadaan macam sekarang, risau tentang kesihatan bayi nanti... tapi harapnya semua selamat," katanya.

Nazrief dan Aizatul Akma mendirikan rumah tangga pada 15 November 2019 di The Seavoy House, Titiwangsa, Kuala Lumpur.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain