suria

Aishah tertekan… oksigen turun mendadak, berdoa agar tidak ditidurkan - “Saya takut, banyak tanggungjawab belum selesai”

Tahap oksigen dalam badan Aishah turun mendadak selepas dibuka buat sementara.

DUA hari dirawat di hospital akibat Covid-19, penyanyi Aishah memberitahu oksigennya turun ke paras 88 peratus selepas doktor cuba membuka alat pernafasan tersebut pada Rabu.

Aishah atau nama sebenarnya Wan Aishah Wan Ariffin, 56, meminta orang ramai mendoakan agar tidak ditidurkan seperti pesakit Covid-19 lain.

“Ya Allah mental tidak kuat hari ini, apabila melihat pesakit depan saya dibawa naik untuk intubate. Pagi tadi tahap oksigen saya 98 peratus, mereka cuba nak buka oksigen.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Syukur keadaan Aishah makin baik, oksigen kini 96 peratus - “I feel better now, dah boleh ketawa”

“Tapi apabila ke tandas dan balik ke katil, paras oksigen turun mendadak ke 88 peratus, terpaksa pakai oksigen semula... baru naik semula ke 95.

“Ya Allah teman-teman semua tolong doakan saya tidak sampai ke situ (ditidurkan),” ujarnya.

Aishah dimasukkan ke Hospital Ampang pada malam Isnin lalu selepas disahkan positif Covid-19 dan mengalami simptom demam panas dan semput.

Dalam pada itu, penyanyi lagu Janji Manismu ini berkata, dia bimbang jika perkara tidak baik berlaku terhadapnya berikutan masih banyak tanggungjawab yang belum diselesaikan.

Dia juga memohon maaf sekiranya ada melakukan kesalahan tanpa sedar.

Saya takut dan masih banyak tanggungjawab pada keluarga yang belum selesai

AISHAH

PENYANYI



“Saya takut dan masih banyak tanggungjawab pada keluarga yang belum selesai, anak-anak saya banyak lagi hal yang tidak selesai.

“Saya sangat mengharapkan doa kawan-kawan, ampunkan dosa-dosa saya sekiranya pernah terkasar kata dan sebagainya.

“Teman-teman tolong doakan saya. Saya tak nak sampai ke situ. Saya takut, saya masih banyak tanggungjawab kepada keluarga dan anak-anak.

“Sangat mengharapkan doa kawan-kawan. Ampunkan dosa-dosa saya sekiranya pernah terkasar kata dan sebagainya,” ujarnya

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain