suria

Berat dugaan Azzam Sham, datuk meninggal dunia... ibu bapa lengkap 2 dos pula positif Covid-19

Ibu dan ayah Azzam Sham disahkan positif covid-19.

UJIAN berat terpaksa dilalui penyanyi Azzam Sham apabila datuknya meninggal dunia akibat komplikasi jantung pada pagi Selasa.

Lebih menyedihkan apabila pada hari yang sama Azzam atau nama sebenarnya Muhammad Azzamuddin Loo Hisham turut mendapat berita ibu bapanya disahkan positif Covid-19.

ARTIKEL BERKAITAN: Selepas Haqiem Rusli... kali ini Azzam Sham pula umum dah ‘ready’ kahwin Sheryl Shazwanie

"Saya dapat berita datuk saya meninggal dunia pada pukul 2.45 pagi Isnin disebabkan komplikasi paru-paru dan uzur.

"Pagi tu juga masa nak urus jenazah, keadaan ayah tak berapa sihat. Saya tak sedap hati terus buat swab test dan malangnya keputusan mak dan ayah positif Covid-19.

AZAM IBU

Ibu Azzam terkilan tidak dapat melihat jenazah Datuknya buat kali terakhir.

"Mereka kini sedang kuarantin di rumah abang angkat saya. Keadaan mak saya baik tapi ayah saya ada asma. Itu yang membimbangkan terutama bila dia batuk-batuk,” kata kepada mStar.

Bagaimanapun, menurut Azzam, 24, kebimbangannya sedikit berkurangan kerana ibu bapanya telah lengkap menerima suntikan vaksin Covid-19.

Sementara itu, kata Azzam sebagai anak sulung dia bertanggungjawab untuk menjaga lima adiknya sehingga keadaan ayah dan ibunya kembali pulih.

Ini adalah ujian yang besar untuk saya. Saya anak sulung jadi saya kena kuat untuk adik-adik.

AZZAM SHAM

PENYANYI

"Ini adalah ujian yang besar untuk saya. Saya anak sulung jadi saya kena kuat untuk adik-adik.

"Buat masa sekarang saya jaga adik-adik, Alhamdulillah mereka semua negatif," ujarnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain