suria

[VIDEO] Netizen nampak ‘baby bump’ Intan Ladyana... Harris Alif mohon doa yang baik-baik - “Sampai masanya saya akan beritahu”

BARU-BARU ini media sosial kecoh apabila tular video mendakwa pelakon Intan Ladyana kini sudah berbadan dua.

Dalam rakaman yang dikongsi netizen itu, isteri kepada Harris Alif ini dilihat seperti sedang hamil kerana kelihatan jelas baby bump pada bahagian perut aktres berkenaan.

Tidak menafikan atau mengiyakan spekulasi tersebut, Harris, 22, ketika dihubungi mStar memohon orang ramai mendoakan yang terbaik untuk keluarganya.

ARTIKEL BERKAITAN: Harris Alif tak letak syarat, status isteri bukan penghalang Intan Ladyana terus berlakon - “Masing-masing dah tahu dan kena jaga batasan”

Kata Harris lagi, dia akan berkongsi berita gembira itu apabila tiba masa yang sesuai.

"Ya saya tengok sana-sini dah keluar (berita hamil)... InsyaAllah saya akan beritahu nanti.

intan harris 1

Harris minta peminat doakan yang terbaik untuk dia dan isteri, Intan Ladyana.

"Sampai masanya, kalau saya dah bersedia saya akan beritahu nanti... minta doakan yang baik-baik," jawabnya.

Selain itu, sebuah video yang dimuat naik Intan pada 23 Ogos lalu memperlihatkan dia menutup bahagian perut dengan bantal seolah-olah menyembunyikan sesuatu turut menjadi tanda tanya netizen.

intan harris 2

Harris akui bahagia dan seronok bergelar suami.

Menerusi laporan mStar pada Februari lalu, Harris memberitahu mereka sudah bersedia untuk menimang cahaya mata dalam masa terdekat.

"Menjadi suami adalah tanggungjawab baharu saya. Dahulu hidup bujang, sekarang sudah berdua. Mungkin selepas ini bertiga, berempat (anak).

"Kami pun tidak merancang soal anak. Bila-bila saja kami bersedia untuk ada anak. InsyaAllah," kata Harris.

Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 5 Februari lalu di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain