suria

Issey dapat anak merdeka! Isteri selamat lahir cahaya mata lelaki selepas 7 jam dalam bilik bersalin

Issey dikurniakan anak lelaki sempena Hari Kemerdekaan 64.

HAMPIR tujuh jam berada dalam bilik bersalin, isteri kepada pelakon dan peyampai radio Gegar FM Issey iaitu Noor Aimi Jamel akhirnya selamat melahirkan anak pertama mereka kira-kira pukul 1.48 tengah hari, Selasa.

Cerita Issey atau nama sebenar, Fazlisham Mat Hussin, 34, dia bersyukur apabila diberi peluang menemani isterinya menyambut kelahiran cahaya mata mereka di sebuah pusat perubatan di Shah Alam.

"Alhamdulillah isteri selamat bersalin dah, perasaan saya sangat seronok dan bersyukur sangat.

ARTIKEL BERKAITAN: Issey teruja isteri hamil, usia kandungan cecah empat bulan - “Kalau boleh kali ini saya nak baby girl”

"Sekarang SOP agak ketat, saya tak boleh masuk awal, masa baby nak keluar baru dapat masuk. Syukur saya dapat menyambut kelahiran anak saya," katanya kepada mStar.

Ujar Issey, kehadiran bayi lelaki pada sambutan Hari Kebangsaan 2021 adalah hadiah bermakna buat mereka.

"Alhamdulillah isteri melahirkan anak secara normal. Dia masuk wad bersalin pukul 7.30 pagi dan 1.48 petang tadi selamat bersalin.

"Sebenarnya tak sangka dapat tarikh cantik 31 Ogos ni, sebab doktor kata kemungkinan akan melahirkan hujung Ogos atau awal September,” ujarnya.

Dalam pada itu Issey berkata, dia sudah memilih nama untuk anak lelakinya itu dan akan mengumumkannya pada masa yang sesuai.

Sebenarnya tak sangka dapat tarikh cantik 31 Ogos ni, sebab doktor kata kemungkinan akan melahirkan hujung Ogos atau awal September

ISSEY

PELAWAK/ PENYAMPAI RADIO



Issey juga berharap dapat menjaga dan memastikan kesihatan anak dan isterinya sentiasa baik terutama pada masa pandemik ini.

“Nama anak kami sudah ada, InsyaAllah akan diumumkan dalam masa terdekat.

"Lepas ni ada baby dekat rumah, saya kena lebih berhati-hati lagi dengan keadaan pandemik sekarang,” ujarnya.

isey2

Issey dan Aimi berkahwin pada 22 Disember 2019

Issey dan Aimi berkahwin pada 22 Disember 2019 di Kota Bharu, Kelantan.

Sebelum berkahwin dengan Issey, Aimi adalah ibu tunggal anak tiga hasil perkongsian hidup dengan arwah suaminya.

Tiga anak mereka ialah Muhammad Uqashah, Muhammad Qayyum dan Cataleya Humairah.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain