suria

Anang, Ashanty bina 30 unit villa di Bali, minta cadangkan nama sesuai

Anang dan Ashanty memilih lokasi yang strategik dan berhampiran dengan alam semula jadi sesuai untuk dijadikan Villa.

PENYANYI Anang Hermansyah dan isterinya Ashanty memberitahu mereka dalam usaha membangunkan 30 buah unit vila percutian di Pulau Dewata, Bali, Indonesia.

Ashanty berkongsi video di Instagram miliknya memperlihatkan kawasan yang kini dalam projek pembinaan.

"Hi semua, jadi plan kami mahu buat vila di Bali, lokasinya 30 minit dari Canggu, 30 unit Villa dengan harga yang pastinya terjangkau," tulis Ashanty.

Menurutnya lagi, lokasi yang strategik dan berhampiran dengan alam semula jadi sesuai untuk dijadikan tempat berehat terutama pengunjung dari ibu kota.

Namun, dia masih lagi belum meletakkan nama sesuai untuk rumah penginapan tersebut.

Rata-rata netizen memberi cadangan nama dan pendapat masing-masing tentang lokasi tersebut.

"View yang bagus dan persekitaran yang bagus. Semestinya sesuai untuk vila, tapi kami belum dapat nama ni. Agak-agaknya apa nama yang sesuai ya?

"Cluenya ada sungai, lokasi menarik dan tidak jauh dari bandar," tulisnya lagi.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Anang, Ashanty, Bali, Villa

Artikel Lain