suria

Terkejut fesyen 'tiada wajah' Kim Kardashian, Kareena Kapoor tanya apa dah jadi?

Kareena Kapoor memberi reaksi terhadap penampilan Kim Kardashian.

PELAKON Bollywood popular Kareena Kapoor Khan yang aktif di media sosial memberi reaksi terhadap penampilan unik Kim Kardashian di Met Gala 2021.

Kareena menerusi Instagram miliknya memuat naik foto Kim dengan pertanyaan 'Kya ho raha hai? (apa yang berlaku)' bersama imoji keliru.

ARTIKEL BERKAITAN: Fesyen pelik Kim Kardashian curi tumpuan, pakai gaun hitam 'tanpa wajah' di Met Gala 2021

Kim mencuri tumpuan di media sosial apabila tampil tanpa muka di majlis yang berlangsung pada Selasa.

Bintang realiti TV itu dilihat mengenakan gaun bersama bodysuit berwarna hitam menutup seluruh tubuh termasuklah bahagian mukanya.

Meskipun tertutup dari rambut hingga hujung kaki, namun gaun dipakai tetap menampakkan lekuk tubuh seksinya itu.

Gaun hitam itu merupakan ciptaan dan idea Pengarah Kreatif Balenciaga, Demna Gvasalia.

Penampilan Kim ini menerima pelbagai reaksi daripada peminat dan pengkritik fesyen seluruh dunia.

Untuk acara selanjutnya di malam Met Gala 2021, Kim Kardashian mengenakan gaun lain lain, namun masih tanpa memperlihatkan wajahnya.

Kim memakai busana yang lebih seksi dengan jaket kulit berwarna hitam. - eTimes Entertainment

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain