suria

Siti Nordiana tak sindir sesiapa, ‘Amaran’ hanya hiburan - “Memang menjadi promosi lagu ini”

Nana menafikan dakwaan bahawa lagu baharunya seperti menyindir sesetengah pihak.

SEJAK kemunculan single terbaharu penyanyi Siti Nordiana, segelintir pihak mendakwa lagu berjudul Amaran itu seperti ada kaitan dengan kontroversi yang menimpanya ketika ini.

Namun Siti Nordiana Alias, 37, menolak dakwaan tersebut malah menafikan dia cuba menyindir pihak tertentu menerusi lagu duet bersama Bunga Isme itu.

Ujar Siti Nordiana, dia bagaimanapun tidak dapat menolak pandangan serta persepsi setengah pihak terhadap lagu tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Dah biasa bawa lagu ‘leman’, kali ini Siti Nordiana beri ‘Amaran’... muncul dengan lagu rentak EDM bersama Bunga Isme

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Siti Nordiana hilang followers Instagram, terlepas ‘job’ gara-gara difitnah lima sekawan

"Lagu ini memang tak ada kena mengena dengan apa yang berlaku. Saya tak pasti kenapa orang boleh kaitkan dengan perkara itu dan tak sangka akan mendapat reaksi sebegitu daripada mereka.

51637923113_WarnerMusic

Lagu Amaran sudah dirancang sejak tahun lalu.

"Lagu ini memang dari awal lagi tajuknya 'Amaran' dan dah tak boleh nak diubah. Ia hanyalah hiburan, bukan untuk memberi amaran kepada sesiapa.

"Saya cuma mengikut rangka promosi yang ditentukan oleh Warner Music. Apabila melihat ramai yang tertanya-tanya di ruangan komen, maknanya memang menjadi la promosi lagu ini," katanya kepada mStar.

Saya meneruskan hidup seperti biasa dan tidak mahu mengambil tahu tentang apa yang berlaku.

SITI NORDIANA

PENYANYI

Siti Nordiana berkata demikian ketika ditemui pada majlis sidang media pelancaran lagu baharunya bersama penyanyi rap Bunga Isme di TGV 1 Utama, Petaling Jaya, pada Jumaat.

Lagu Amaran ditulis oleh komposer, Mas Dewangga dan Firdaus Rahman, kedua-dua mereka turut terbabit sebagai penulis lirik bersama Bunga.

Apabila ditanya bagaimana kehidupannya selepas kes saman fitnah yang dihadapinya, Siti Nordiana berkata, dia memilih untuk jalani hidup seperti biasa.

251496743_121749416931966_3884532875905938285_n

Nana mahu memberi fokus kepada karier seninya.

"Saya meneruskan hidup seperti biasa dan tidak mahu mengambil tahu tentang apa yang berlaku. Apa yang penting ialah saya nak fokus kepada karier dan biarkan pihak mahkamah selesaikan isu tersebut.

"Sebab kes ini masih lagi dalam proses. Jadi, kita ikut sahaja perintah mahkamah," ujarnya.

Pada 30 Julai lalu, Siti Nordiana Alias memfailkan saman menerusi Tetuan Abang Azlan Associates di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur ke atas lima individu termasuk dua rakan seperjuangannya iaitu Lan Solo dan Syura atas dakwaan memfitnahnya di platform media sosial Instagram.

Menerusi prosiding tersebut, Siti Nordiana memberitahu mahkamah pendapatannya terjejas susulan kehilangan tawaran berlakon dan nyanyian akibat fitnah berkenaan.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO MUZIK APA APA ROJER!

Artikel Lain