PERTEMUAN kali pertama dengan selebriti Ismail Izzani di sebuah majlis hiburan pada awal November lalu sudah cukup membuatkan penyanyi Bunga Isme dihimpit kontroversi. Lebih panas apabila dia dikatakan menjadi punca Ismail dan kekasihnya yang juga penyanyi Shalma Eliana berpisah. Mengimbau kembali isu berkenaan yang kini sudah selesai, Bunga atau nama sebenar Noor Ayu Fatini Mohd Bakhari, 21, berkata dia tidak pernah bertemu secara dekat dengan Ismail. ARTIKEL BERKAITAN: Bunga Isme menangis dituduh punca Ismail Izzani, Shalma Eliana putus, bimbang peminat percaya fitnah bulat-bulat ARTIKEL BERKAITAN:Shalma Eliana mohon maaf kepada Bunga Isme, kesal dituduh ada hubungan dengan Ismail Izzani - “Dia baik, bukan punca kami berpisah” Cerita Bunga, segalanya bermula selepas mereka saling bertegur sapa dan memuat naik video ketika menghadiri majlis Z-List Award anjuran Lifestyae Asia KL. Bunga baharu sahaja melancarkan single duet bersama Siti Nordiana. "Saya rasa mungkin (orang nampak daripada) Instastory Ismail sebab kami ada menghadiri majlis Z-List Award sehari sebelum nama saya naik secara tiba-tiba. "Masya Masyitah pun ada dan Amzar yang temankan saya ke majlis tersebut. Waktu itu Ismail ada buat story dan saya pun ada juga. Saya ada terima DM yang berbunyi agak kasar waktu benda ini terjadi, tapi saya buat tak tahu je. BUNGA ISME PENYANYI "Biasalah semua orang akan buat story apabila dengan kawan-kawan kan? Itu merupakan kali pertama saya bertemu dengan Ismail, sebab sebelum ini ada la nampak tapi tak pernah bertegur," katanya kepada mStar. Bunga berkata demikian ketika ditemui pada sidang media pelancaran lagu baharunya berjudul Amaran duet bersama penyanyi Siti Nordiana di TGV 1 Utama, Petaling Jaya, pada Jumaat. Tambah Bunga dia begitu terkejut hingga berdepan tekanan hanya kerana dakwaan tersebut. Bunga bersama teman lelakinya, Amzar Razqa. "Saya terkejut apabila dikaitkan dengan kisah putus cinta Yana dan Ismail. Apabila nama tiba-tiba naik, saya terus terfikir ada buat salah ke? "Saya ada terima DM yang berbunyi agak kasar waktu benda ini terjadi, tapi saya buat tak tahu je dan biarkan ia ini berlalu pergi seperti angin. "Sebab kalau saya layan, ia seperti memberi ruang kepada mereka untuk berkata-kata dan membuatkan saya semakin stress serta sedih," katanya. Pada 31 Oktober lalu, Ismail mendedahkan hubungan cintanya dengan Shalma kini sudah berakhir. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI TONTON VIDEO MUZIK APA APA ROJER!