MENYEDARI ruangan komen setiap perkongsiannya di Instagram sering dibanjiri dengan teguran agar berpakaian lebih sopan, pelakon Nadia Brian tidak melatah atau melenting. Bagaimanapun, Nadia atau nama sebenarnya, Nadia Najwa Mohamed Rashidi, 31, menganggap ia sebagai satu doa untuk dia berubah ke arah yang lebih baik. "Sejujurnya saya amat menghargai komen sebegitu sebab mereka mendoakan benda yang baik-baik. Saya rasa netizen buat macam tu sebab mereka caring. ARTIKEL BERKAITAN: Nadia Brian tak tutup pintu hati, doa jumpa lelaki yang baik tahun depan - “Seseorang yang boleh bimbing ke jalan Allah” "Apa-apa pun kena jadi diri sendiri, hormat orang tua dan stay humble, itu perkara yang lebih penting daripada pemakaian kita. "Nak berubah daripada segi pemakaian itu memerlukan masa. InshaAllah mana tahu dengan berkat doa daripada orang, saya pun boleh berubah," katanya kepada mStar. Nadia perlukan masa untuk berubah daripada segi penampilan. Nadia berkata demikianketika ditemui pada sesi fotografi Festival Filem Malaysia ke-31 (FFM31) di Hotel Royal Chulan, Damansara baru-baru ini. Dalam pada itu apabila disoal tentang keinginannya untuk berkahwin lagi, Nadia memberitahu dia tidak serik untuk mendirikan rumah tangga walaupun pernah bercerai sebelum ini. Jelas Nadia, apa yang dilaluinya itu adalah sebahagian daripada ujian dalam hidup. Saya harap penonton dapat menilai dan menghargai lakonan saya di dalam Ratu Kala Jengking. NADIA BRIAN PELAKON "Semua orang mahukan rumah tangga yang berkekalan. Rasa sedih sebab tak dapat nak kekalkan rumah tangga sendiri. "But it's okay, saya belajar daripada kesilapan. Saya tak pernah rasa serik atau takut untuk berkahwin semula. "Benda itu tiada dalam kamus hidup saya sebab ia merupakan sebahagian daripada perjalanan hidup kita untuk menjadi manusia yang lebih baik," ujarnya. Nadia pernah mendirikan rumah tangga bersama Muizz Nasruddin pada 9 November 2019 sebelum bercerai pada 2 April lalu dengan talak satu. View this post on Instagram A post shared by Nadia B (@nadia.brian) Sementara itu, Nadia turut berkongsi rasa teruja apabila filem lakonan pertamanya sebagai heroin yang berjudul Ratu Kala Jengking tercalon dalam FFM31. "Saya rasa terharu apabila filem ini tercalon untuk bertanding kerana ia merupakan filem pertama yang saya berlakon memegang watak heroin. Ini merupakan impian saya sebagai seorang pelakon. "Filem ini sangat mencabar bagi saya kerana sesi penggambaran dilakukan selama sebulan lebih di dalam hutan simpan. Jadi nak masuk pun perlu diiringi polis, tak boleh masuk sesuka hati. "Saya harap penonton dapat menilai dan menghargai lakonan saya di dalam Ratu Kala Jengking," katanya. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI TONTON VIDEO MUZIK APA APA ROJER!