suria

Ellie Suriaty, Azri Iskandar sah bercerai... Tiada lagi keserasian selepas 19 tahun kahwin

Ellie dan Azri sah bercerai.

IKATAN perkahwinan yang dibina pasangan selebriti Azri Iskandar dan Ellie Suriaty Omar berakhir apabila mereka sah bercerai di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur (Keramat), Kuala Lumpur pada Selasa.

Menurut Ellie, 52, keputusan untuk berpisah itu terjadi kerana mereka sudah tiada lagi persefahaman selepas 19 tahun melayari bahtera perkahwinan.

"Ini adalah suatu keputusan yang sukar untuk saya buat. Tetapi, saya sudah memikirkannya masak-masak dan akhirnya, ia perlu dilakukan.

ARTIKEL BERKAITAN: Ellie Suriaty terbuka hati cucuk vaksin, taat permintaan suami

"Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Azri untuk segala saat-saat indah, kenangan manis serta pengalaman hidup yang kami lalui bersama sebagai suami isteri.

"Dia juga seorang bapa yang baik dan cukup menyayangi anak-anaknya.

Ellie

Ellie dan Azri sah cerai.

"Tapi, rasanya sudah tertulis sampai di sini sahaja jodoh kami. Saya berharap ramai yang akan mendoakan yang terbaik untuk kami," katanya seperti dilapor Getaran.

Usaha mStar untuk menghubungi pasangan ini tidak berjaya apabila panggilan tidak dijawab dan mesej hanya dibaca sahaja.

Untuk rekod, Azri Iskandar, 54, dan Ellie Suriaty mendirikan rumahtangga pada tahun 2003.

Pasangan ini dikurniakan tiga cahaya iaitu Azrell, Nur Azreen, dan Nur Aliah.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain