suria

Paras oksigen menurun, bapa Naqiu ditidurkan... Bersiap sedia sebarang kemungkinan

Bapa Naqiu kini sedang menerima rawatan di ICU.

PENYANYI Naqiu berkongsi berita duka memaklumkan bapanya terpaksa ditidurkan di Hospital Serdang, Selangor pada pagi Selasa selepas paras oksigen menunjukkan penurunan.

Menurut Naqiu, bapanya iaitu Mohd Najib, 69, sudah lama menghidap penyakit kencing manis dan ini merupakan kali ketiga dimasukkan ke hospital berkenaan dalam tempoh sebulan.

"Pada pertengahan puasa, papa dimasukkan ke hospital tiga hari kerana masalah kesihatan, kemudianya beberapa hari sebelum raya sekali lagi papa menerima rawatan akibat jangkitan Covid-19.

ARTIKEL BERKAITAN: Naqiu rasa janggal jadi pasangan Elizabeth Tan - “Hero macam ni... heroin pula lawa betul!”

ARTIKEL BERKAITAN: Naqiu (Boboy) beristeri dua? - “Usia anak-anak pun rapat, bila masa pula saya kahwin lain”

"Jangkitan tersebut menyebabkan dia mengalami komplikasi dalaman dan saya bawa ke hospital berkenaan pada petang Isnin. Pukul 3 pagi doktor beritahu untuk tidurkan papa kerana paras oksigen menurun," katanya ketika dihubungi mStar.

Berkongsi perkembangan terkini, Naqiu memberitahu bapanya ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) untuk pemantauan doktor.

Saya reda dengan ketentuan ini namun masih berharap kesihatan papa akan kembali pulih seperti biasa

NAQIU

PENYANYI

Melihat tahap kesihatan bapanya, Naqiu berkata dia bersedia dengan sebarang kemungkinan buruk yang bakal berlaku.

Bagaimanapun, dia masih meletakkan harapan agar bapanya itu segera pulih seperti sedia kala.

"Saya menjaga papa sejak dua tahun ini, saya melihat bagaimana dia berlawan dengan sakitnya. Apabila keadaan seperti ini berlaku pastinya perasaan saya risau dan bercampur-baur.

naqiu 2

Naqiu berharap kesihatan bapa kembali pulih.

"Doktor telah maklumkan kepada kami untuk bersedia dengan segala kemungkinan yang berlaku. Saya reda dengan ketentuan ini namun masih berharap kesihatan papa kembali pulih seperti biasa," ujarnya.

Sebelum itu, penyanyi lagu Rindu Separuh Nyawa ini berkongsi mengenai perkara itu menerusi laman Instagram miliknya.

Dalam muat naik berkenaan, Naqiu memohon orang ramai mendoakan agar bapanya itu diberikan kesembuhan dan segera pulih dari penyakit.

"Saya mohon jasa baik semua untuk mendoakan papa. Moga segala dipermudahkan-Nya. Semoga ada doa dalam kalangan kita yang diangkat oleh-Nya," luahnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain