MEMANG tak tercapai dek imaginasi andai takdir boleh mempertemukan dua jiwa dari dunia nyata dalam satu mimpi yang sama. Kedengaran sangat aneh, namun itulah yang terjadi antara Amry dan Nabila apabila kedua-dua mereka menjalinkan persahabatan dalam mimpi. Menariknya rahsia yang mereka simpan selama ini daripada pengetahuan orang bertukar menjadi pengembaraan mimpi. Bagaimanapun itu hanyalah fantasi dalam drama GANJIL sebuah karya daripada idea asal Saniboey Mohd Ismail yang romantik dan penuh fantasi. Menurut pengarah drama iaitu Datuk Yusry Abdul Halim, tempoh penggambaran yang lama disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan menjadi antara cabaran untuk menyiapkan siri Viu Original ini. Biarpun agak sukar untuk menjadikan drama itu seperti sebuah filem, namun Yusry percaya jalan cerita yang memaparkan tentang realiti dan mimpi menjadi kekuatan karya tersebut. Penonton akan melihat kelainan dalam lakonan Fattah menerusi drama GANJIL. "Selain penggambaran mengambil masa yang agak lama disebabkan PKP, antara cabaran untuk drama ini adalah nak jadikan 10 episod itu macam filem. "Drama ini menampilkan konsep mimpi dan realiti. Viu dah pernah tanya saya macam mana nak buat supaya penonton dapat bezakan realiti dengan mimpi. "Jadi sebab itu visual sangat main peranan dalam drama ini. Dengan drama ini, saya harap dapat memberi kelainan dan menambah pelbagai genre dalam industri. "Genre untuk drama ini agak susah nak buat sebab kita banyak disajikan dengan drama kebiasaan. Jadi, saya harap penonton terima dan hargai," katanya kepada mStar. Karya yang mendapat sentuhan penulis skrip Evelyn Afnilia, Yasmin Yaacob dan Azhar Amirulhisyam itu akan ditayangkan di Viu pada 30 September ini dengan dua episod ditayangkan setiap Khamis sehingga 28 Oktober. Diana Danielle memegang watak sebagai Nabila. Penonton boleh menyaksikan siri ini menerusi aplikasi Viu dengan hanya muat turun secara percuma melalui App Store, Google Play, dan TV pintar terpilih atau laman web Viu. Dalam pada itu, Yusry turut memuji lakonan Diana Danielle dan Izzue Islam yang sentiasa memberikan yang terbaik dalam setiap karakter mereka. Selain itu Yusry turut kagum dengan sikap profesional pelakon Fattah Amin walaupun tidak pernah bekerjasama dengan suami kepada aktres Nur Fazura itu. "Saya pernah bekerjasama dengan DD (Diana Danielle) dan saya tahu cara kerja dia macam mana. Manakala Izzue pula memang dah banyak kali kami bekerjasama. Izzue turut membintangi drama GANJIL. "Saya suka dengan gaya selamba Izzue dan dia pun sentiasa membawa setiap karakter dengan baik. Untuk Fattah pula, saya tak pernah lagi kerja dengan dia. "Tapi agak terkejut sebab dia seorang yang sangat profesional dan dia tahu karakter dia. Saya pasti penonton akan dapat lihat sisi lain setiap pelakon," ujarnya. Drama terbitan Razor' Edge Pictures itu turut dibintangi oleh Fatin Afeefa, Eizlan Yusof, Aida Aris, Syed Irfan, Alyssa Dezek, Imuda dan Amir Nafis. Siri ini berkisarkan seorang lelaki bernama Amry lakonan Fattah Amin dan wang tidaknita muda iaitu Nabila (Diana Danielle) yang mendapati diri mereka bertemu dengan insan yang dikenali dalam mimpi mereka. GANJIL akan bertemu penonton pada 30 September di platform Viu. Pasangan itu bertembung di dalam mimpi pada satu malam istimewa di mana mainan tidur mereka itu bercantum menjadi satu. Ketika mereka menganggap masing-masing mungkin hanya satu watak di alam mimpi, tanpa disedari kedua-duanya menjadi lebih erat, sering berkongsi rahsia dan berdepan dengan ketakutan bersama. Mimpi mereka adalah cara alam memberikan mereka peluang kedua, untuk menjadi insan yang lebih baik. GANJIL juga memaparkan kesulitan yang dirasai ramai untuk mencari tempat di dunia sebenar, sambil cuba mengimbangi tanggungjawab seseorang terhadap keluarga. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI TONTON VIDEO PILIHAN!