suria

[VIDEO] “See you soon Malaysia... korang nak kirim apa-apa tak?” - Kerajaan dah bertukar, Caprice sempat buat lagu sebelum pulang

Caprice akan balik Malaysia dalam masa terdekat.

HAMPIR dua bulan berada di Mesir selepas gagal memasuki Gaza, Palestin, panyanyi rap Caprice akhirnya memberi bayangan untuk kembali ke Malaysia dalam masa terdekat.

Bagaimanapun Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli, 33, berkata dia perlu melengkapkan beberapa tugasan berkaitan misi jangka panjang Road To Al Aqsa 2040.

ARTIKEL BERKAITAN: Caprice tegur Ebit Lew isu misi bantuan di Palestin, akhirnya kena ‘block’ di IG

ARTIKEL BERKAITAN: Caprice minta maaf, mahu kembali ke Malaysia - “Silap saya terlalu emosi tentang perjuangan”

“Saya benci apabila kata-kata saya menjadi kenyataan, korang nak kirim apa-apa tak dari sini?”

“See you soon Malaysia, nak selesaikan kerja-kerja saya dulu baru saya balik,” ujarnya.

Caprice berkongsi perkara itu di media sosial sebagai respons kepada pertanyaan netizen sama ada dia akan mengotakan janjinya untuk pulang ke Malaysia selepas berlaku perubahan kepimpinan kerajaan.

Caprice berkongsi sedikit petikan lagu baharunya di IG.

Dalam pada itu Caprice berkata, dia kini dalam proses untuk menyiapkan sebuah lagu kolaborasi dengan beberapa artis di negara itu.

“InsyaAllah saya bersama artis-artis area ini akan lancarkan lagu mungkin 11 hari lagi” katanya menjawab soalan netizen.

Dia turut memuat naik sedikit petikan lagu baharu itu di laman sosialnya pada malam Isnin.

See you soon Malaysia, nak selesaikan kerja-kerja saya dulu baru saya balik.

CAPRICE

PENYANYI RAP

Rata-rata netizen berkongsi rasa teruja selepas mendengar lagu berkenaan.

Sebelum ini Caprice mencetuskan kontroversi dengan menegur personaliti dakwah Ebit Lew susulan rugutan yang didakwa diterima penduduk Gaza.

Dia juga mengumumkan untuk mendedahkan kepincangan yang berlaku di Gaza yang melibatkan orang-orang berpengaruh di Malaysia, dia bagaimanapun membatalkanya selepas laporan polis dibuat oleh Ebit.

Caprice mempertikaikan cara Ebit yang kerap merakamkan foto bersama kanak-kanak yang dibantunya.Caprice mempertikaikan cara Ebit yang kerap merakamkan foto bersama kanak-kanak yang dibantunya.

Caprice selepas itu memberitahu dia tidak akan pulang ke Malaysia selagi kerajaan tidak bertukar.

Pada Isnin, Tan Sri Muhyiddin Yasin meletak jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia kelapan.

Keputusan itu dibuat selepas hilang mejoriti sokongan Ahli Parlimen dan cadangan kerjasama bipartisan tidak mendapat sokongan parti politik.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain