PENYANYI Naim Daniel menerima pengiktirafan oleh Malaysia Book of Records (MBR) susulan persembahan lagu Mainan yang dinyanyikan secara tergantung di Anugerah Juara Lagu ke-37 (AJL37) baru-baru ini. Naim atau Muhammad Naim Daniel Baharin, 26, meluahkan rasa syukur dan menganggap pengiktirafan yang diberikan sebagai permulaan yang baik untuk menyambut Ramadan kali ini. "Allah Maha Besar. Hari ini, 22 Mac 2023. Saya diiktiraf oleh MBR untuk persembahan saya di AJL37 yang lalu bagi lagu Mainan. Naim teruja diberi pengiktirafan sebesar ini. "Saya menerima pengiktirafan sebagai individu pertama yang menyanyi secara terbalik dalam persembahan secara langsung. "Hilang dalam kegembiraan sekarang sebenarnya. Satu pembukaan yang baik buat saya sebelum melangkah ke bulan Ramadan tahun ini," katanya. ARTIKEL BERKAITAN: Berani betul! Ingatkan skrin rosak, rupanya Naim Daniel menyanyi sambil tergantung dan terbalik ARTIKEL BERKAITAN: "Dilacur bagai satu mainan" - Naim Daniel kecewa ramai tonton 'Projek High Council' secara haram di media sosial Naim berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya pada Rabu. Dalam pada itu, Naim turut mengucapkan terima kasih kepada semua penyokong dan memaklumkan bahawa pengiktirafan itu sebagai satu sejarah dalam kerjaya seni nyanyiannya. Kata Naim, dia menghadiahkan kejayaan itu buat semua anak seni yang sentiasa berani dalam mencuba. "Terima kasih di atas sokongan dan cinta kalian semua yang telah menyokong kerjaya saya dari awal hingga ke hari ini. "Hari ini, satu lagi sejarah tercatat untuk perjalanan saya sebagai anak seni, dan ia takkan berhenti disini. "Selagi saya menghirup nafas daripada semangat dan doa yang kalian berikan. Teruskan berani. Sayang semuanya," ujarnya. Naim merupakan penghibur yang berbakat besar. Pada 12 Februari lalu, Naim membuat kejutan apabila tampil menyanyi secara terbalik dan tergantung sepanjang persembahan lagu Mainan di pentas AJL37. Memakai pakaian serba putih, Naim turut memberikan persembahan bertenaga ketika menyampaikan lagu ciptaan Firdaus Rahmat, Omar K dan Mas Dewanga itu. Ini merupakan kemunculan ketiga Naim di pentas AJL selepas kali pertama menerusi lagu Sumpah di AJL34 pada 2020. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!