suria

Tolak ‘job’ sepanjang Ramadan... Shasha Abedul tunai umrah, berpuasa dan sambut Syawal di Tanah Suci

Shasha bakal menunaikan umrah Ramadan ini.

PELAKON Shasha Abedul memberitahu setiap kali tiba Ramadan, dia akan menolak semua tawaran kerja untuk memberikan fokus sepenuhnya terhadap bulan puasa.

Shasha, 26, berkata, dia mahu mengambil peluang ini untuk meluangkan masa bersama keluarga dan diri sendiri sebelum memulakan semula kerjayanya sebagai seorang pelakon.

"Saya sebenarnya setiap kali Ramadan cuba untuk ambil cuti sebulan sebab kita dah bekerja setiap bulan, jadi Ramadan saya mahu beri fokus lebih untuk beribadah.

shaaa - 1

Shasha tolak semua tawaran kerja sepanjang bulan Ramadan.

"Saya akan menolak sepenuhnya tawaran kerana menganggap bulan Ramadan merupakan satu-satunya peluang untuk luangkan masa bersama keluarga," katanya kepada mStar.

Shasha berkongsi perkara itu ketika ditemui pada sidang media kempen Seindah Kasih Media Prima Berhad yang diadakan di Studio 3, Glenmarie, Shah Alam baru-baru ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Pengikut IG tak ramai tapi Shasha Abedul dapat jadi heroin... dituduh guna orang dalam!

ARTIKEL BERKAITAN: Drama Lelaki Lingkungan Cinta tamat, peminat tak puas tengok gandingan Naim Daniel dan Shasha Abedul

Dalam pada itu, Shasha turut berkongsi Ramadan ini dia bakal menunaikan umrah dan menyambut Aidilfitri di Kota Makkah.

Kata Shasha, dia bakal bertolak sehari sebelum puasa dan berada di Tanah Suci itu dalam tempoh lebih kurang sebulan.

"InsyaAllah Ramadan tahun ini saya akan berangkat menunaikan umrah berdua bersama makcik dan kami akan menyambut Aidilfitri sekali di sana.

Saya akan menolak sepenuhnya tawaran kerana menganggap bulan Ramadan merupakan satu-satunya peluang untuk luangkan masa bersama keluarga.

SHASHA ABEDUL

PELAKON

"Saya tidak mahu menjangkakan apa-apa kerana ini merupakan pengalaman pertama menunaikan umrah. Waktu kecil-kecil dulu pernahlah buat umrah tapi masa tu kita takt ahu apa-apa kan.

"Saya berharap semuanya berjalan lancar sebab rasa berdebar dan takut tu ada juga, macam-macam boleh jadi kan," ujarnya.

Sementara itu, pelakon drama Lelaki Lingkungan Cinta ini juga memberitahu bahawa dia turut membuat persiapan fizikal dan mental untuk menunaikan ibadah umrah selama sebulan di sana.

shasha2 - 1

Shasha bakal menyambut Ramadan dan Aidilfitri di Tanah Suci.

"Saya memang berniat untuk penuhkan diri dengan beribadah di sana. Menurut apa yang saya dengar, waktu Ramadan memang ramai menunaikan umrah.

"Saya perlu benar-benar bersedia daripada segi mental dan fizikal. Setiap hari saya melakukan senaman sebab dekat sana kan memerlukan banyak pergerakan, tambah pula kita berpuasa," katanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain