suria

Seronok jadi ibu tapi Nynaa Harizal sudah rindu dunia lakonan... Sedang pujuk suami izin kembali berlakon

Nynaa harap suami dapat mengizinkan dia berlakon.

HAMPIR dua tahun tidak terlibat dengan sebarang aktiviti penggambaran drama, pelakon Nynaa Harizal mengakui timbul rasa rindu untuk kembali berlakon kerana itu adalah jiwa dan minatnya.

Meskipun suaminya iaitu Fahmi Ilyas memintanya memberikan fokus kepada keluarga, Nynaa atau Nurul Hanynaa Harizal, 27, memberitahu dia berusaha memujuk supaya diberikan keizinan untuk kembali beraksi di depan kamera.

"Buat masa sekarang memang rehat dahulu. Saya pun baru sahaja bersalin anak pertama. Jadi tak tahulah berapa lama akan berehat dari dunia lakonan.

nynaa 1

Nynaa kini mengambil tempoh rehat untuk memberi fokus kepada keluarga.

"InsyaAllah saya akan kembali berlakon. Memang rindu untuk ke lokasi selepas hampir dua tahun. Dunia lakonan sudah menjadi jiwa saya.

"Suami pun tak susah nak pujuk. Nanti saya akan pujuk dia untuk kembali berlakon," katanya kepada mStar.

Nynaa ditemui ketika pelancaran produk jenama Her Beauty miliknya yang berlangsung di Kuala Lumpur pada Selasa.

ARTIKEL BERKAITAN: Nynaa Harizal berdebar menunggu hari kelahiran anak pertama, umum jantina selepas bersalin

ARTIKEL BERKAITAN: Nynaa Harizal timang bayi perempuan, bersalin lebih awal daripada jangkaan

Bercakap tentang kehidupan baharu sebagai ibu kepada Zara Arianaa yang dilahirkan pada 29 Januari lalu, Nynaa berkata dia kini menjadi individu yang lebih bertanggungjawab dan sentiasa mahu segera pulang ke rumah walau sibuk di tempat kerja.

"Setiap hari ada sahaja kegembiraan baru apabila melihat anak membesar. Susah nak gambarkan dengan kata-kata. Sekarang ini walau sibuk bekerja saya mahu segera pula ke rumah untuk bersama anak.

Suami pun tak susah nak pujuk. Nanti saya akan pujuk dia untuk kembali berlakon

NYNAA HARIZAL

PELAKON

"Sama juga seperti ibu lain, memang akan ada penat. Tetapi kalau kita enjoy dengan apa yang dilakukan, segala perasaan letih itu akan hilang," ujarnya.

Sementara itu bercakap tentang Fire & Ice Lip Booster Serum keluaran syarikatnya itu, Nynaa mengambil masa hampir setahun melakukan penyelidikan sebelum berani tampil dengan produk berkenaan.

Sebagai wanita yang sentiasa mahu kelihatan cantik, Nynaa percaya penggunaan produk ini adalah jalan terbaik untuk kekal anggun dan menawan.

nynaa 2

Nynaa juga membereranikan diri terlibat dalam dunia perniagaan.

"Saya memang ada masalah bibir kering dan selalu mahu bibir yang mungil. Nak buat pembedahan saya takut. Jadi sebab itu saya sentiasa mencari produk yang boleh membantu masalah sendiri.

"Sebelum ia dipasarkan, saya sendiri turun padang melihat proses pembuatan di kilang supaya yakin ia selamat digunakan," jelasnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain