suria

Aishah dah boleh sarung saiz S, baju lama sedekah kepada golongan memerlukan

Datuk Aishah jalani pembedahan bariatrik sekitar 2018.

IMPIAN penyanyi Datuk Aishah mengenakan busana bersaiz kecil tertunai apabila dia akhirnya mampu bergaya dengan pelbagai jenis baju terutama baju kebaya.

Aishah atau Wan Aishah Wan Ariffin, 58, berkata, dia pada awalnya seakan tidak percaya tentang perubahan itu sehingga ke gedung pakaian untuk mencuba saiz lebih kecil.

Jelasnya, baju-baju miliknya sebelum ini terpaksa didermakan kepada mereka yang kurang berkemampuan kerana sudah tidak boleh digunakan lagi.

336484893_626252689340227_9023887545101333405_n

Aishah gembira dapat sarung kebaya.

"Jika dahulu, saya memang tak boleh pakai saiz S, tetapi sekarang saya seolah-olah tak percaya boleh memakainya.

"Saya pergi ke pelbagai kedai mencuba pakaian saiz S kerana mungkin setiap kedai potongan berbeza-beza. Jadi, bila sudah membuat percubaan, memang sah saya boleh pakai saiz kecil.

"Ya betul (kebanyakan baju bersaiz S), baju-baju lama terpaksa disedekahkan kepada orang lain yang lebih memerlukan seperti mangsa banjir.

ARTIKEL BERKAITAN: Aishah enjoy hidup ‘single’, tidak terfikir fasal teman hidup... Seronok shopping baju tak payah risau saiz

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Salam artis boleh hilang ‘roh’, Aishah pohon ustazah viral bimbing bukan menghina

"Saya juga banyak memberikan kepada kawan-kawan, cuma baju persembahan yang lama masih ada kerana tidak tahu mahu berikan kepada siapa," katanya.

Aishah berkongsi perkara itu ketika ditemui pada sidang media majlis berbuka puasa bersama Datuk Aishah & Ezad Lazim di Ampang, Selangor pada Isnin.

Dalam pada itu, Aishah memberitahu bahawa dia sudah puas bersedih apabila tidak dapat mengenakan pakaian yang dia mahukan.

Sekarang dapatlah merasa pakai pelbagai baju, dahulu hanya lalu dan lihat sahaja.

DATUK AISHAH

PENYANYI

Tambah Aishah, sebelum ini dia hanya mampu melihat dan menyimpan angan namun sekarang semuanya sudah menjadi satu kenyataan.

"Kalau dahulu rasa sedih juga bila lihat ada baju cantik, tetapi tak dapat dibeli disebabkan tiada saiz. Perkara ini hanya orang berbadan besar sahaja tahu.

"Tetapi sekarang sudah berbeza dan itulah yang seronok. Ini kerana saya boleh beli baju baru sebagai hadiah untuk diri sendiri.

333080649_3403531279888219_3748656272872788524_n

Perbezaa Aishah dulu dan sekarang.

"Sekarang dapatlah merasa pakai pelbagai baju, dahulu hanya lalu dan lihat sahaja. Apa yang boleh beli adalah beg tangan dan kasut.

"Saya cuba menyarung baju kebaya sejak beberapa tahun lalu, tetapi hanya sekarang baru boleh pakai. Jadi, itu adalah pencapaian untuk diri sendiri," katanya lagi.

Untuk rekod, Aishah pernah menjalani pembedahan pintasan usus atau bariatrik sekitar 2018.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain