suria

Fattah Amin lancar 5 lagu zikir sempena Ramadan, harap dapat beri ketenangan kepada pendengar

Fattah teruja dapat melagukan zikir menerusi aplikasi Mukmin Pro.

SEMPENA Ramadan ini, penyanyi Fattah Amin melancarkan lima buah lagu zikir eksklusif yang boleh dihayati melalui aplikasi Mukmin Pro.

Menurut Fattah atau Abdul Fattah Mohd Amin, 32, ini merupakan satu penghargaan buatnya kerana dapat melagukan zikir menerusi aplikasi berkenaan.

Kata Fattah, dia berharap dengan alunan zikir-zikir ini dapat memberikan ketenangan buat mereka yang mendengarnya sepanjang bulan Ramadan ini.

fattah1 - 1

Fattah ketika pelancaran lagu zikir yang diadakan baru-baru ini.

"Saya bersemangat untuk berkongsi lagu-lagu zikir ini dengan peminat dan komuniti Muslim yang lebih luas.

"Ia merupakan penghormatan untuk melagukan zikir ini secara eksklusif di aplikasi Mukmin Pro dan saya berharap ia dapat membawa ketenangan dan kedamaian kepada semua," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Lakonan dipuji makin mantap! Fattah Amin belajar dari pengalaman, akui Fazura banyak bagi nasihat

ARTIKEL BERKAITAN: Tak pernah beraksi babak berat, Fattah Amin puas berlakon dalam filem 'Mat Kilau'

Antara lima trek zikir yang dialunkan oleh pelakon filem Mat Kilau itu termasuk Iktiraf, Taubat Nasuha, La Hawla wa la Quwwata illa billah, Rabbi Yassir, dan Zikir Fatimah.

Peminat pasti akan teruja mendengar suara Fattah dalam genre baharu dan dapat menghayati zikir-zikir ini bagi refleksi dan meditasi spiritual sepanjang Ramadan.

Alunan zikir ini boleh dihayati menerusi Spotify, Apple Music dan YouTube mulai minggu pertama Ramadan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain