suria

Syamsul bertambah makan kuetiau goreng masakan isteri Aaron Aziz, ramai pula teringin minta resipi

Peminat mahu rasa kuetiau goreng isteri Aaron.

GARA-GARA kenyataan pelakon Datuk Aaron Aziz tentang pengarah Syamsul Yusof sempat menjamah kuetiau goreng masakan isterinya ketika berkunjung ke kediaman mereka sebelum ini, perkara itu mendapat perhatian ramai.

Apatah lagi Aaron atau Aaron Mustapha Aziz, 47, menerusi video penjelasan yang dimuat naik di Instagram miliknya pada Khamis turut menyebut Syamsul sampai bertambah menikmati hidangan masakan isterinya, Datin Diyana Halik.

Susulan daripada itu, sesi siaran langsung Instagram Diana dibanjiri komen peminat yang meminta resipi kuetiau gorengnya memandangkan pengarah filem The Original Gangster itu dilihat menyukainya sampai bertambah.

"Kak, jujur saya teringin nak kuetiau goreng akak. Saya akan beli.

"Sabar sis, Insya Allah ada rezeki. By the way, kongsi resipi kuetiau goreng yang dia makan sampai tambah-tambah tu.

WhatsApp Image 2023-03-24 at 11.46.25 AM

Antara komen peminat.

"Kak, kami penyokong char kuetiau, tolong nak rasa," komen netizen.

Bagaimanapun ada pula pengikut yang memberitahu agar tidak lagi memasak sebarang hidangan untuk Syamsul selepas ini.

Diyana dalam responnya pula menegaskan dia tidak akan berbuat demikian kerana Aaron mengajarnya untuk sentiasa melayani tetamu dengan baik.

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri imbau kecederaan Aaron turut berpunca semasa berlakon KL Gangster arahan Syamsul

ARTIKEL BERKAITAN: "Kau cakap pergi cucuk! Aku pergi cucuk" – Aaron Aziz dedah terpaksa ambil suntikan demi puaskan hati Syamsul

"Tak boleh tak goreng kuetiau sebab suami saya ajar kalau jiran datang ke rumah, kita perlu layan mereka dengan baik.

"Biar kita yang tak makan, asalkan tetamu kita dapat makan. Bila tetamu datang ke rumah, kita kena jaga mereka dan beri makan," katanya.

Sementara itu, menerangkan tindakannya melepaskan emosi di Instagram, Diyana berkata, dia tidak berniat berbuat demikian sebaliknya hanya terkejut membaca berita berkaitan Aaron di media sosial.

aaron3 - 1

Diyana tampil mempertahankan Aaron.

Jelas Diyana, dia beremosi sehingga mengalirkan air mata sehingga tidak sedar mengeluarkan kata-kata yang kurang sopan.

"Saya bangun dan nampak berita itu. Jadi, saya rasa sangat emosi sampai menangis sebab kata macam tu. Saya pergi umrah haritu pun tak ada nak doa macam ni.

"Saya hanya teremosi dengan kata-katanya (Syamsul). Tapi lepas tu Zohor saya berdoa agar diampunkan dosa-dosa saya kerana saya hanya berkecil hati,” ujarnya.

Diyana turut menasihatkan agar setiap individu menjaga percakapan mereka dan menghargai setiap usaha yang diberikan oleh orang lain.

aaron2 - 1

Ramai yang mahu rasa masakan kuetiau goreng Diyana.

"Saya rasa kita perlu sentiasa berhati-hati dengan percakapan kita. Saya sebenarnya tidak mahu berkata tentang hal itu kerana saya di sini untuk mempromosikan produk saya.

"Itu saja saya nak cakap. Kita perlu saling menghormati, walaupun kita tahu orang itu sudah tidak berkemampuan, kita kena selalu bertutur dengan bahasa yang baik.

"Kita juga perlu melihat semula segala pengorbanan atau apa yang telah dilakukan oleh orang itu kepada kita," jelasnya.

Pada Khamis, Diyana menjelaskan kecederaan tulang belakang yang dialami Aaron beberapa tahun lalu adalah berpunca daripada penglibatan dalam filem arahan Syamsul sendiri iaitu KL Gangster.

Ia susulan kenyataan Syamsul yang menjelaskan punca Aaron disingkirkan daripada The Original Gangster yang antara lain disebabkan usia, berat badan dan masalah kesihatan dialaminya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain