PENYANYI Syura Badron berkongsi perasaan teruja menguruskan bayi selepas 12 tahun tidak melahirkan cahaya mata. Syura atau Zuraidah Badron, 37, mengakui cabaran yang dilalui membuatkannya menangis bangga mengenangkan jasa yang dilakukan oleh seorang ibu dalam membesarkan anak-anak. "Selepas 12 tahun tidak menjaga bayi, kali ini betul-betul mencabar badan saya. Kenyataan Syura di Instastory. "Sakit badan, tak cukup tidur itu semua dah jadi kebiasaan. Sampai satu tahap, kita menangis sendiri. "Bukan menangis sebab sakit tapi nangis sebab bangga dengan pengorbanan yang kita buat demi membesarkan anak-anak," katanya. Syura berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instastory miliknya. ARTIKEL BERKAITAN: Selepas 12 tahun Syura timang bayi lelaki, beri nama Muhammad Umar Eussof ARTIKEL BERKAITAN: 'Cinta' Syura dan peminat istimewa bertaut selepas 23 tahun, siap bawa gambar lama Dalam pada itu, Syura menzahirkan rasa kagum dengan semangat kaum ibu yang mampu menjaga anak-anak mereka tanpa bantuan pembantu rumah. Syura juga memohon doa supaya mereka terus diberikan kesihatan dan kekuatan untuk menghayati momen sebagai seorang ibu. "Saya tabik dengan semua ibu-ibu di luar sana yang menjaga anak mereka tanpa ada pembantu rumah. "Semoga Allah berikan kesihatan dan kekuatan untuk kita menikmati keseronokkan momen sebagai ibu... ia satu pengalaman sangat berharga," ujarnya. Dalam pada itu, penyanyi lagu Nazam Berkasih ini turut meluahkan rasa syukur kerana dikurniakan seorang suami yang memahami dan banyak membantu menguruskan hal anak-anak. "Bertuahnya saya mendapat seorang suami yang sentiasa memahami dan rajin membantu (walaupun kadang-kadang dia selalu lawan dengkur demgan anak dia)," katanya. Pada 12 Mac lalu, Syura selamat melahirkan bayi lelaki secara normal di salah sebuah hospital di Johor Bharu, Johor. Menerusi temu bual bersama mStar, Syura meluahkan rasa teruja namun dalam masa sama berasa sedikit janggal. Walaupun dikurniakan tiga cahaya mata sebelum ini, Syura menganggap ia sebagai satu pengalaman baharu. Syura bersyukur dikurniakan suami yang memahami. Untuk rekod, Syura mendirikan rumah tangga dengan Muhd Farizat pada pada 22 Januari 2022 dan ini merupakan perkahwinan keduannya. Sebelum ini, Syura pernah berkahwin dengan Mohd Fadhly Md Yassin namun rumah tangga mereka berakhir dengan penceraian pada Ogos 2015. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan cahaya mata iaitu Nurul Dania Irdina, 16, Nurul Qaisara Sofia,14, dan Muhammad Irfan Aryan, 12 tahun. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!