suria

Terhibur tengok Abby Abadi dan Norman buat parodi ‘Perempuan Itu’, tapi netizen pula sibuk ungkit kisah lama

Netizen kembali terkenang kemelut rumah tangga Abby dan Norman.

GELAGAT pelakon Abby Abadi menghasilkan video parodi bersama suaminya iaitu aktor Norman Hakim menarik perhatian netizen di aplikasi TikTok.

Menerusi video yang dimuat naik pada Isnin, Abby bersama Norman melakonkan satu babak dalam drama Perempuan Itu yang baru berakhir tayangannya di aplikasi Tonton.

Dalam video tersebut juga dapat dilihat Abby dan Norman sakan bergurau sambil menghayati dialog berkenaan.

Abby 1

Masing-masing fokus dengan watak yang dibawa.

Kata Abby, selepas lama meninggalkan dunia lakonan, agak sukar untuk dia menghayati dialog yang serius.

"Dah lama tak shooting, dialog-dialog beremosi ini payah dan nak disampaikan. Lepas itu kita macam dah tak boleh nak serius dah la.

"Banyak main sekarang! Macam mana nak berlakon serius lagi selepas ini. Apa-apa pun semoga terhibur," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Netizen ungkit kes cerai Abby Abadi dan Norman Hakim, kecoh juga... Terkenang kisah ‘serang’ set penggambaran

ARTIKEL BERKAITAN: Abby Abadi dah tak marah Norman Hakim cuma masih geram... Meriah sambut birthday bersama keluarga besar

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet terhibur dengan gelagat Abby dan Norman malah ada juga mengimbau kemelut rumah tangga pasangan itu sebelum ini.

"Teringat masa Abby serang dekat lokasi, macam imbau balik.

"Dia orang buat throwback pula. Babak ini pernah berlakukan... Masa Norman kantoi.

"Mungkin lepas ini boleh berlakon bertiga pula," tulis netizen.

Abby 3

Netizen imbau kenangan rumah tangga Abby dan Norman.

Menjawab komen netizen itu, Abby meminta mereka tidak membuat andaian sendiri tentang kejadian yang berlaku melibatkan rumah tangganya bersama Norman sebelum ini.

Kata Abby, ketika itu dia sekadar ingin bertemu dengan Norman dan bukan tujuan menyerang aktor berkenaan.

"Tak ada serang pun, pergi jumpa saja. Kalau serang bawa parang. Betulkan kenyataan itu. Fitnah buat saya.

"Kenapa mesti lebih tahu dari saya? Saya tak maafkan... tanggunglah," ujarnya.

Abby 4

Abby, Faizal, Norman dan Memey kini menjadi kawan baik.

Untuk rekod, Abby dan Norman berkahwin pada 2002 namun pasangan itu bercerai pada 2009.

Mereka dikurniakan tiga anak cahaya mata iaitu Mohamed Danish Hakim, Marissa Dania Hakim, dan Danisha Hakim.

Abby kemudiannya bertemu jodoh dengan Muhammad Faizal Zakaria pada Ogos 2015 manakala Norman pula berkahwin kali kedua dengan pelakon Memey Suhaiza pada September 2011 dan dikurniakan tiga orang cahaya mata.

Meskipun pernah melalui episod gelap dalam rumah tangga, namun kini Norman dan Abby kekal bersahabat baik malah menjaga silaturahim dengan Memey.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain

Tragis! Ibu maut disengat tebuan