JURI tetap program Big Stage 2023 iaitu Ajai sering dilihat serius ketika memberikan komen kepada peserta namun aksi spontan bergelek di atas pentas bersama pengacara Elly Mazlein pada malam Ahad mencuri perhatian penonton. Ajai atau Mohd Faizal Maas, 48, berkata, dia mempunyai cara tersendiri untuk berhibur dan tindakan menari bersama Elly atau Kak Lina berlaku secara spontan. "Saya orangnya sporting... saya menari bersama Kak Lina pun secara spontan. Benda tak dirancang dan bukannya kena paksa. "Takkan saya nak bawa cara sebagai juri di atas pentas, siapa yang akan tengok? Orang tak nak tengok muka ketat. Ajai sering dilihat sebagai seorang yang serius ketika memberi komen terhadap peserta. "Apabila saya dipanggil untuk menghiburkan, itulah diri saya. Dengan Exist pun saya akan berhibur dengan cara saya sendiri tapi bila menjadi juri saya akan tukar personaliti," katanya kepada mStar. Ajai berkongsi perkara itu ketika ditemui selepas selesai pertandingan separuh akhir Big Stage yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) Shah Alam pada malam Ahad. ARTIKEL BERKAITAN: Big Stage peluang penyanyi Malaysia belajar cara kerja peserta luar, Ajai yakin semua ada potensi juara... “Siapa nyanyi sedap dia menang” ARTIKEL BERKAITAN: Netizen minta ‘Oppa Malay’ berhenti menyanyi, tapi Meer Nash lebih percaya guru vokal... “Ajai kata pakej dah ada” Sementara itu, mengulas mengenai isu dia memegang tangan hos Rina Nose ketika berduet menyanyikan lagu Hati Ini Telah Dilukai, Ajai menyifatkan kejadian itu sebagai tidak sengaja. Jelas Ajai, dia menghulurkan tangan meminta Rina jalan ke depan pentas namun disebabkan pengacara asal Indonesia itu mengenakan ear piece dia mungkin tidak dapat menangkap signal diberikan dan terus memegang tangannya. "Saya pegang Rina sebelum ini secara tidak sengaja sebab dia memakai ear piece dan saya pula tiada. Persembahan Ajai dan Kak Lina menggamatkan suasana. "Bila saya hulur tangan suruh dia ke depan, Rina tak dengar sebab ear piece... jadi dia pun pegang tangan saya," ujarnya. Disebabkan itu juga, Ajai lebih berhati-hati ketika berkongsi pentas bersama Kak Lina kerana tidak mahu dilabel suka memegang tangan wanita lain. "Saya tak mahu pisang berbuah dua kali, kalau pegang lagi nanti orang kata saya suka pegang tangan perempuan," jelasnya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!