suria

Afgan kembali ke Plenary Hall, konsert 2 Disember diiringi Malaysian Philharmonic Orchestra

Afgan janjikan persembahan yang terbaik untuk peminat di Malaysia.

MALAYSIA sudah diibaratkan sebagai rumah kedua buat Afgan dan disebabkan itu setiap kali mengumumkan sebarang konsert jelajah, penyanyi popular Indonesia ini tidak pernah melupakan peminat di negara ini.

Bagi menghargai peminat yang sentiasa menyokong karier muziknya sejak 15 tahun lalu, Afgan akan kembali menggegarkan pentas Plenary Hall, Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) pada 2 Disember depan.

Menariknya, Afgan atau Afgansyah Reza, 34, memberitahu konsert itu bakal diiringi oleh pemuzik dari Malaysian Philharmonic Orchestra (MPO) sebagai kelainan buat penggemarnya.

Afgan 1

Afgan teruja bertemu peminat di Malaysia Disember ini.

"Tidak dinafikan, Malaysia ibarat rumah kedua saya dalam berkarya. Setiap lagu saya diterima baik dan mendapat sambutan menggalakan dari peminat di Malaysia.

"Setiap kali saya menjayakan konsert di Malaysia, peminat tidak henti-henti memberi sokongan itu satu penghormatan buat saya.

ARTIKEL BERKAITAN: Afgan idolakan Sheila Majid sejak kecil, tak sangka pertemuan di konsert terus jadi sahabat baik

ARTIKEL BERKAITAN: “Perbuatan dosa disorak-sorak”... PU Syed tegur aksi Afgan peluk peminat wanita

"Apabila dimaklumkan mereka bersetuju untuk menjayakan konsert ini bagi saya ia menarik. Tak sabar rasanya nak hiburkan peminat nanti," kongsinya.

Sementara itu, Pengarah Urusan Renjana Idea, Aliya Arisya Anuar berkata, konsert Afgan kali ini berbeza berbanding sebelum ini selain menjanjikan satu persembahan hebat daripadanya.

Snapinsta.app_312462583_642898833950697_2929387105269506263_n_1080

Pihak penganjur janjikan yang terbaik untuk konsert Afgan.

Bukan itu sahaja, penyanyi jemputan yang akan berkongsi pentas dengan Afgan juga bakal memberi kejutan dan akan diumumkan tidak lama lagi.

"Saya pasti deretan lagu popular Afgan akan menjadi lebih hebat dengan iringan pemuzik MPO. Kami menjanjikan persembahan hebat daripada Afgan buat peminatnya nanti," ujarnya.

Tiket Afgan Live In Concert With Malaysian Philharmonic Orchestra (MPO) boleh dibeli di GOLIVE-ASIA.com bermula 5 Julai ini.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain