suria

Tiada lagi sampah sarap cacatkan pemandangan, Hunny Madu gembira pihak perbandaran ambil tindakan bersih Pantai Tok Bali

Hunny minta pihak kerajaan kenakan saman untuk pastikan pantai sentiasa bersih.

PENYANYI dan pengacara Hunny Madu meluahkan rasa teruja apabila dimaklumkan kawasan Pantai Tok Bali, Pasir Puteh, Kelantan sudah dibersihkan selepas pernah membuat video mengenai sampah sarap yang memenuhi tempat tumpuan pelancong itu.

Hunny atau Hani Farhana Mohd Hatim, 39, berkata, dia gembira apabila pihak Majlis Perbandaran Pasir Puteh mengambil tindakan segera membersihkan kawassan tersebut.

"Saya baru dapat tahu beberapa minggu lalu Majlis Perbandaran Pasir Puteh telah membersihkan pantai Tok Bali selepas video yang saya kongsi tentang kawasan itu kotor dan dipenuhi sampah tular.

Hunny 2

Hunny teruja pantai sudah mula dibersihkan.

"Saya dapat tahu kebanyakan kawasan itu adalah milik peribadi tapi kawasan awam sudah pun dibersihkan oleh majlis perbandaran dan saya ucapkan tahniah serta terima kasih," katanya.

Hunny berkongsi perkara itu menerusi video yang dimuat naik di Instagram miliknya yang turut memaparkan beberapa perkerja Majlis Perbandaran Pasir Puteh sedang membersihkan kawasan tersebut.

Dalam pada itu, Hunny menggesa pihak kerajaan negeri mengenakan tindakan saman terhadap pemilik tanah persendirian yang gagal membiarkan kawasan mereka dipenuhi sampah sehingga menyebabkan pencemaran.

ARTIKEL BERKAITAN: Kotornya pantai Tok Bali! Hunny Madu hilang selera nak makan ais krim, sampah merata

ARTIKEL BERKAITAN: Anak jalani pembedahan jantung ketiga, air mata Hunny Madu tak henti kenang Adam dalam ICU

"Pasti susah nak bersihkan semua sebab banyak tanah milik peribadi. Saya sarankan untuk pihak kerajaan negeri Kelantan ambil tindakan terhadap mereka. Saman sahaja mereka.

"Tolong saman mereka ini supaya mereka bersihkan kawasan itu untuk pastikan keindahan alam kita terpelihara. Itu sahaja," kongsinya.

Bagaimanapun menerusi perkongsian di Instastory miliknya, Hunny memaklumkan kawasan tersebut masih lagi kotor dua minggu lalu.

Hunny 3

Hunny gesa kerajaan ambil tindakan.

Sebelum ini, Hunny meluahkan rasa kecewa apabila menyaksikan sendiri pencemaran yang berlaku ketika berkunjung ke Pantai Tok Bali yang dipenuhi sampah sarap.

Kata Hunny, niat untuk membeli ais krim ketika berkunjung ke kawasan itu terbantut apabila melihat kawasan berkenaan kotor dan mencacatkan pemandangan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain