PEREKA fesyen jenama Razman Razmi iaitu Razman Din sedang menerima rawatan di Unit Rawatan Kritikal (CCU) Hospital Kuala Lumpur akibat masalah lemah jantung. Menerusi kenyataan dikeluarkan di Instagram rasmi Razman Razmi, pereka fesyen itu pada awalnya dikejarkan ke hospital berkenaan sebelum ditempatkan di zon merah susulan keadaannya kritikal apabila paru-paru dan seluruh badannya bengkak dipenuhi air. Razman berkongsi perkembangannya di Instastory. Doktor pakar yang merawat Razman mengesahkan keadaan itu disebabkan jantungnya yang lemah dan perlu mengambil ubat-ubatan berkaitan penyakit jantung. "Pakar sudah mengesahkan lemah jantung. Sekarang dan seterusnya Razman perlu mengambil ubat sakit jantung. ARTIKEL BERKAITAN: Imej Azharina Nilai RM1 Juta, Razman Razmi Jawab Kritikan Netizen ARTIKEL BERKAITAN: Suruh buat baju... Akhirnya tak nak pakai! 'No more' Amelina! "Air juga tak boleh banyak, jantung lemah tak boleh pam," kata kenyataan tersebut. Dalam pada itu, Razman memaklumkan dia kini berada dalam keadaan baik selain tidak perlu lagi menggunakan alat bantuan oksigen namun masih dalam pemantauan pakar. Selain itu, pihak hospital juga sudah membuka tiub yang dipasang pada bahagian kemaluan untuk memudahkan dia membuang air kecil. "Alhamdulillah, tak perlu lagi pakai oksigen tapi masih dalam pemantauan pakar. Kencing pun tak perlu pakai tiub lagi. Keadaan Razman dilaporkan semakin baik. "Terima kasih buat semuanya tak berhenti mengirimkan doa buat saya. Semoga Allah sahaja dapat membalas semuanya,” ujarnya. Untuk rekod, Razman dan rakan kongsinya, Razmi Rahman banyak mereka pakaian untuk selebriti terkenal di Malaysia seperti Azharina, Eyka Farhana, Datuk Seri Vida, Naim Daniel, Aliff Aziz dan Judika. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!