suria

Iman Troye luah perasaan dalam Gagal Bersembunyi, duet bersama Mahen

Iman merakamkan single duet bersama Mahen.

SELEPAS kejayaan lagu Teman dan Nang, penyanyi Iman Troye tampil dengan single duet baharu berjudul Gagal Bersembunyi bersama penyanyi Indonesia iaitu Mahen.

Menurut Iman atau Siti Nur Iman Alyssa Sahabudin, 23, berkata, lirik lagu single terbaharunya ini membawa maksud perasaan yang disimpan dan pendam semata-mata untuk kebaikan individu lain.

"Gagal bersembunyi bermaksud perasaan yang kita simpan dan pendam, demi untuk kebaikan seseorang," katanya.

iman1 - 1

Muzik video Gagal Bersembunyi dirakamkan di Bandung, Indonesia.

Gagal Bersembunyi merupakan hasil ciptaan Pika Iskandar iaitu komposer dan penulis lirik dari Indonesia.

Dalam pada itu, video muzik lagu berkenaan turut dirakam di Kawah Putih, Bandung, Indonesia dengan mengambil masa kurang daripada satu jam sahaja untuk disiapkan.

ARTIKEL BERKAITAN: Iman Troye pertama kali masuk AJL, finalis paling muda... Guru vokal puji tetap 'excited' walau gugup

ARTIKEL BERKAITAN: Pasang niat masuk universiti cari kekasih... Iman Troye lupakan hasrat ‘cinta monyet’, sibuk fokus pelajaran

Diterbitkan oleh Kresna Wardhana dan Adib Hamdi sebagai Penerbit Eksekutif, video muzik arahan Velentino Garry ini memaparkan seni visual yang unik penuh dengan emosi dan tenaga setanding artis antarabangsa.

Berkongsi soal rakan duet Iman, Mahen atau nama sebenarnya Petrus Mahendra, 27, popular menerusi lagu Pura-Pula Lupa pada 2020.

iman2 - 1

Mahen dikenali menerusi lagu Pura-Pura Lupa.

Penyanyi ini mula dikenali kerana banyak menghasilkan lagu saduran daripada artis terkenal seperti Glen Fredly dan Ed Sheeran.

Mahen juga merupakan graduan Sarjana Ilmu Komunikasi di Universiti Bunda Muda, Jakarta, Indonesia.

Sehingga kini, muzik video Gagal Bersembunyi telah pun berjaya menerima lebih 150,000 tontonan di YouTube dan meraih lebih 100,000 pendengar di Spotify.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain