suria

Pengalaman tidur tepi jalan dan 2 hari tak mandi buat Alif Satar insaf, perasaan sombong hilang - “Begini dirasakan gelandangan”

Alif bersyukur masih diberikan nikmat tidur yang lena.

PENGALAMAN menunaikan ibadah haji membuatkan penyanyi dan pelakon Alif Satar berasa insaf dan kerdil apabila dapat menyelami perasaan seorang gelandangan yang tidak mempunyai apa-apa.

Alif atau Muhammad Alif Mohd Satar, 32, berkata, sepanjang menyelesaikan rukun Islam kelima itu perasaan sombong dalam diri pasti lenyap selain mengajar tentang erti pengorbanan sebenar.

"Bila saya fikir rupanya beginilah apa dirasakan oleh gelandangan. Tidak ada tempat mandi, lepas itu tengah malam korek tanah cari batu untuk persediaan melontar jamrah.

alifff2 - 1

Alif bersyukur dengan nikmat yang diberikan kepadanya.

"Saya gerenti siapa datang buat haji, Insya Allah rasa sombong dan takbur itu mesti hilang," katanya.

Alif berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya pada Sabtu.

ARTIKEL BERKAITAN: Beberapa kali rancang buat umrah tak pernah kesampaian, Alif sayu bertemu Faizal Tahir di Arafah

ARTIKEL BERKAITAN: "Bertahun kawan baru tahu dia mahir"... Sahabat baik tak sangka Alif Satar pandai guna bahasa isyarat

Dalam pada itu, Alif meluahkan rasa syukur diberi nikmat tidur lena biarpun berada dalam keadaan serba kekurangan dan tidak selesa.

"Wallahi, walaupun masa ini sudah dua malam tak mandi, tak pergi ke tandas.

"Badan dah penat ditambah pula pencemaran bunyi dan bau asap ekzos bas... berlapikkan sleeping bag beratapkan langit bintang, Allah bagi nikmat juga saya dapat tidur lena,” ujarnya.

Tambah Alif, di Tanah Suci sewaktu bermabit sehingga solat Subuh di Muzdalifah, semua jemaah haji hanya mampu tidur di tepi jalan tanpa mendapat layanan istimewa.

"Di sini tak kiralah bayar pakej ratus ribu ke, Tan Sri ke... artis yang orang sanjung ke, hatta mufti sekalipun... Semua orang tidur tepi jalan.

alifff1 - 1

Alif menunaikan ibadah haji bersama isteri.

"Semoga semua yang baca hantaran ini diterima amalan dan ditempatkan dikalangan para salihin,” katanya.

Pada 21 Jun lalu, Alif dan isterinya iaitu Sha Dila Halid berangkat ke Tanah Suci bagi mengerjakan ibadah haji.

Alif turut berkongsi kegembiraan kerana turut bersama-samanya menyertai rombongan perjalanan haji kali ini ialah Mufti Perlis iaitu Datuk Mohd Asri Zainul Abidin.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain