suria

Neelofa belum bersalin, masuk hospital atas nasihat doktor - “Kami akan kongsi bila sampai waktunya”

Neelofa masuk hospital atas nasihat doktor yang merawatnya.

KHABAR mengenai pengacara dan usawahan Neelofa sudah dimasukkan ke hospital bagi melahirkan anak kedua menjadi bualan ramai sejak Sabtu.

Menjelaskan kekeliruan itu, Neelofa atau Noor Neelofa Mohd Noor, 34, berkata, dia masih menghitung hari untuk melahirkan anak keduanya.

Kata Neelofa, dia ditahan di wad atas nasihat doktor bagi tujuan pemeriksaan lanjut berhubung kesihatannya.

Neelofa 1

Neelofa sedang berehat di rumahnya.

"Alhamdulillah keadaan saya semuanya baik dan masih menghitung hari untuk menyambut anak kedua.

"Ramai yang sangkakan kemasukan saya ke hospital kerana sudah selamat melahirkan, namun saya di hospital beberapa hari atas nasihat doktor dan tujuan permerhatian kesihatan saya," katanya.

Neelofa berkongsi perkara itu menerusi Instastory miliknya pada petang Sabtu.

ARTIEKL BERKAITAN: Sempat datang ke tempat korban, Neelofa sudah masuk hospital bersalin anak kedua

ARTIKEL BERKAITAN: Neelofa bilang hari bersalin anak kedua, tak mahu dedah wajah bayi di awal kelahiran... Pilih pantang cara kampung

Menerusi perkongsian lain, Neelofa turut berkongsi dirinya sedang bersantai menikmati buah di rumahnya.

Dalam pada itu, Neelofa berjanji akan berkongsi khabar kelahiran anak keduanya itu kepada orang ramai selepas dirinya selamat bersalin kelak.

Malah dia juga berharap orang ramai mendoakan urusannya dipermudahkan.

Neelofa 2

Neelofa hitung hari tunggu kelahiran anak kedua.

"Insya Allah, kami akan kongsikan secara rasmi bila sampai waktunya nanti mohon semua doakan yang baik-baik," ujarnya.

Sebelum ini, suami kepada Neelofa iaitu Pencetus Ummah (PU) Haris memaklumkan isterinya itu sudah dimasukkan ke hospital bagi menyambut kelahiran cahaya mata kedua mereka.

Haris atau Muhammad Haris Ismail, 27, mendedahkan perkara itu ketika dia terlibat sebagai pengacara dalam sebuah program televisyen pada Khamis.

“Isteri dah sampai masa nak bersalin, dah masuk wad,” katanya.

Untuk rekod, Neelofa dan Haris mendirikan rumah tangga pada 27 Mac 2021 dan mereka telah dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Muhammad Bilal yang berusia setahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain