suria

Dulu stesen radio tak pandang Danial Kifli, sekarang trending di YouTube

Danial tidak hanya mahu mengejar populariti.

PENDATANG baharu Danial Kifli tidak berkecil hati apabila ada stesen radio enggan memutarkan single pertamanya berjudul Permata Istimewa kerana menyifatkan lagu itu mempunyai lirik kebudak-budakkan.

Danial atau Muhammad Ariff Danial Kifli, 20, sebaliknya berkata, lagu ciptaannya itu disifatkan membawa tuah apabila dia dilamar syarikat rakaman Awal Muzik yang melihat potensi pada dirinya sebagai seorang penyanyi dan penulis lagu.

"Lagu pertama memang saya sendiri yang hasilkan dan Alhamdulillah lagu itu sudah menerima 189,000 ribu tontonan di YouTube.

"Permata Istimewa bagaimanapun tidak mendapat sokongan industri malah ada stesen radio mengatakan lirik lagu itu kebudak-budakkan selain susunan muziknya sudah lapuk.

danial2 - 1

Danial masih belajar untuk menjadi lebih baik.

"Tapi saya fikir positif kerana lagu itu yang membuatkan syarikat rakaman mengenali saya dan melamar saya menjadi artis dibawah naungan mereka," katanya kepada mStar.

Tidak putus semangat untuk menghasilkan karya baharu, Danial muncul dengan single kedua berjudul Pergilah Cinta.

Pergilah Cinta merupakan lagu ciptaannya bersama komposer Knight Cydeen dan kini sedang trending di YouTube dengan hampir 700,000 ribu tontonan.

ARTIKEL BERKAITAN: Juri cuma bagi 20 markah, berhenti kerja kedai kasut kerana tiada minat... Jom kenali penyanyi baharu Ashmirul!

ARTIKEL BERKAITAN: Kucaimars hilang sebab fokus perniagaan, tampil lagu galau 'Salah Hati' buat peminat

Jelas Danial, kejayaan itu tidak membuatkan dia mendabik dada sebaliknya bimbang dengan respon negatif yang mungkin diberikan netizen.

"Alhamdulillah saya bersyukur lagu Pergilah Cinta menjadi trending di YouTube dan ketika ini ia mendapat hampir 700,000 tontonan di YouTube.

"Saya teruja tetapi dalam masa yang sama berasa agak bimbang kerana bukan semua orang memandang ia sebagai satu perkara positif.

Sebelum ini ada stesen radio yang cakap lagu saya arrangement lama, lirik macam budak-budak.

DANIAL KIFLI

PENYANYI

"Contohnya mungkin ada yang pertikaikan 'siapa budak ni, trending tapi aku tak kenal pun'. Tak mengapalah saya anggap semua orang bermula daripada bawah," ujarnya.

Pun begitu, Danial mengambil kata-kata negatif yang dilemparkan sebagai pembakar semangat untuk dia terus berjuang dalam dunia hiburan.

Kata Danial, niatnya hanya mahu menghiburkan orang ramai, selain meneruskan kerjaya sebagai seorang pencipta kandungan media sosial juga.

danial3 - 1

Danial sentiasa positif menerima kritikan netizen.

"Saya anggap kritikan netizen sebagai pembakar semangat. Betul, mungkin ramai lagi yang tidak mengenali nama saya jadi saya mahu perkenalkan kepada orang ramai siapa Danial Kifli sebenarnya.

"Saya mula menapak sebagai content creator dan saya bukan ingin mengejar popular. Saya hanya mahu gembirakan orang lain.

"Saya hanya mahu menghiburkan semua orang dan bukannya untuk mencari musuh. Saya nak sebarkan kebaikan yang mampu buatkan semua orang terhibur," katanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain