suria

Isu semasa inspirasi Sophia Liana tulis ‘Nah’, papar penunggang agama dalam muzik video

Sophia membawa isu semasa dalam penceritaan lagu baharu.

ISU semasa dan masalah yang berlaku dalam kalangan masyarakat menjadi inspirasi buat penyanyi rap wanita Sophina Liana tampil dengan single terbaharunya berjudul Nah.

Tidak hanya menerusi penulisan lirik, Sophia atau Sophiatul Liana Mohamed Sobri, 33, berani membawa mesej pengajaran kepada umum dalam pembikinan muzik video lagu berkenaan.

“Konsep muzik video diketengahkan adalah mengenai isu semasa. Kami ada cerita yang ingin disampaikan kepada orang ramai.

sophia 2

Sophia berani menyuarakan pandangan menerusi lagu Nah.

“Isu pertama adalah pergaduhan antara pasangan yang sering menyalahkan antara satu sama lain.

“Manakala senario kedua menggambarkan seorang penunggang agama sedang menggunakan telefon bimbit menonton bahan lucah. Selain itu ada juga kisah seorang yang suka mengambil kesempatan terhadap wanita,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Sitism’ kejutan Siti Nurhaliza buat peminat, ada maksud di sebalik nama album baharu

ARTIKEL BERKAITAN: Kucaimars hilang sebab fokus perniagaan, tampil lagu galau ‘Salah Hati’ buat peminat

Bercakap lanjut, Sophia memberitahu sikap manusia yang suka mencari kesalahan orang lain juga adalah kisah yang ingin diketengahkan dalam lagunya itu.

Dalam masa sama dia juga sudah meneliti setiap baris lirik yang ditulis agar maksud sebenar dapat disampaikan dengan baik sekaligus diterima pendengar.

Orang sekeliling yang memberi aura positif membuatkan proses rakaman lagu ini mudah

SOPHIA LIANA

PENYANYI

“Kalau kita tengok sekarang ini ada orang yang lebih gemar menuding jari atau menyalahkan orang lain. sendiri. Malah ada juga yang tidak bertanggungjawab terhadap tindakan sendiri.

“Kisah ini saya cuba saya adaptasikan dalam lagu Nah. Proses penulisan lagu ini berjalan dengan lancar, mungkin disebabkan kami sudah perincikan mengenai kandungan yang dimahukan,” ujarnya.

sophia 3

Sophia berharap lagu Nah dapat memberi impak kepada pendengar.

Sophia juga mendapat kerjasama Navigator, Mambang dan Zizi Kirana dalam penghasilan lagu ini.

“Orang sekeliling yang memberi aura positif membuatkan proses rakaman lagu ini mudah. Saya mendapat bantuan daripada Zizi dan Mambang dari segi melodi sebelum masuk ke studio rakaman.

“Semoga dengan sokongan semua pihak, lagu ini dapat memberi satu impak dalam industri muzik tanah air,” jelasnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain