suria

‘Perempuan Itu’ berjaya tawan hati penonton, tindakan berdiam diri Erma Fatima berbaloi

Drama Perempuan Itu berjaya menyentuh hati penonton.

KEJAYAAN Perempuan Itu yang berjaya menyentuh hati penonton membuktikan karya itu bukan seperti apa diperkatakan menerusi kontroversi menyelubungi drama berkenaan sebelum ini.

Pelakon dan penerbit Erma Fatima, 55, berkata, dia memilih mendiamkan diri kerana ingin membuktikan dengan karya penuh meskipun teruk dihina dan menerima kata-kata kecaman netizen.

Katanya lagi, dia juga tidak cuba menegakkan benang yang basah kerana kontroversi yang melanda adalah satu kesalahan yang tidak perlu ditegakkan.

erma1 - 1

Mimi Lana (kanan) dan Siti Hariesa selaku teraju utama Perempuan Itu.

"Satu ketika dulu saya dihina, dimaki, disumpah seranah kerana kealpaan kami pada satu klip yan terlepas dimuat naik di media sosial.

"Saya mendiamkan diri dan saya dituduh tidak bertanggungjawab. Saya berjanji akan menjawab semua cemuhan itu dalam karya saya itu nanti apabila ia ditayangkan.

ARTIKEL BERKAITAN: Erma Fatima tak mahu jadi syaitan bertopengkan manusia, ambil tanggungjawab kontroversi melanda 'Perempuan Itu'

ARTIKEL BERKAITAN: "Tiada malaikat atau syaitan"... Erma Fatima tanya Zul Ariffin 'siapa suruh muat naik video itu?'

"Apa yang ingin saya sampaikan dalam drama ini bukanlah pada satu klip itu. Salah tetap salah. Kami tidak boleh menghalalkan yang haram... saya akur akan perkara itu," katanya.

Erma berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di TikTok miliknya pada Jumaat.

Drama Perempuan Itu diselubungi kontroversi apabila pelakon utamanya, Zul Ariffin memuat naik babak ghairah di media sosialnya sehingga ia menimbulkan kemarahan masyarakat.

Menerusi klip tersebut, Zul dilihat mendukung aktres Siti Hariesa dengan aksi tidak senonoh yang disifatkan sebagai tidak sesuai untuk tontonan masyarakat di negara ini.

erma2 - 1

Erma mengucapkan terima kasih buat seluruh tenaga pekerja Perempuan Itu.

Erma sebagai penerbit turut menerima pelbagai kecaman susulan insiden tersebut.

Sementara itu, Erma turut melahirkan penghargaan buat semua barisan pelakon Perempuan Itu bersempena episod terakhir drama tersebut yang ditayangkan pada malam Khamis lalu.

Selain Zul Ariffin dan Siti Hariesa, drama tersebut turut dibintangi oleh Mimi Lana, Eman Manan, Azizah Mahzan, Iqbal Zulkifli dan ramai lagi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain