suria

[V] Wujud ‘double standard’ terhadap pelawak, Joey Daud ‘gaduh’ dulu sebelum setuju harga

Joey percaya kerjaya sebagai pelawak tidak hanya bergantung kepada anugerah.

PELAKON dan pelawak mempunyai cara tersendiri sekiranya tidak bersetuju dengan tawaran dibuat pihak penganjur berhubung bayaran jika ingin menggunakan khidmatnya.

Kata Joey atau Zulkifli Daud, 50, dia biasanya akan ‘bergaduh’ terlebih dahulu sebelum menandatangani sebarang kontrak kerana tidak mahu timbul rasa tidak puas hati dikemudian hari.

"Saya pernah dijemput menjadi pengacara dan melihat nama-nama penyanyi yang turut diundang dan mereka dibayar lebih tinggi berbanding saya sebagai pengacara.

joey daud 3

Joey pernah merasai layanan double standard daripada pihak penganjur.

"Sedangkan mereka hanya datang untuk membuat satu sesi persembahan. Jadi di mana keadilan untuk saya yang perlu mengendalikan acara tersebut dari awal sampai akhir?

"Selalunya kalau berdepan dengan situasi begini saya akan ‘bergaduh’ dahulu sebelum tanda tangan sebarang kontrak. Kalau setuju dengan harga, saya akan diam sahaja," katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, bercakap tentang pengiktirafan terhadap pelawak tanah air, Joey berharap akan ada pihak mewujudkan anugerah khas bagi menghargai penglibatan rakan-rakan seperjuangan.

ARTIKEL BERKAITAN: Lukisan dapat perkenan Sultan Johor, Joey Daud macam tak percaya dititah lukis 15 mural di Muar

ARTIKEL BERKAITAN: Joey Daud bincang dengan isteri sebelum terima ‘job’, elak tanggungjawab sebagai ketua keluarga terabai

Joey tidak menafikan pernah berkecil hati apabila melihat banyak usaha mengangkat golongan pempengaruh media sosial tetapi tidak memandang serius terhadap kerjaya sebagai pelawak.

"Saya tertanya-tanya tidak adakah program anugerah khas untuk pelawak kerana dalam dunia komedi ini sendiri ada banyak kategori. Kita ada anugerah untuk influencer baru namun tidak untuk pelawak.

"Ada juga rasa kecil hati apabila seakan tidak dihargai. Bagi saya apabila dihargai, kami akan jadi lebih bersemangat untuk buat lebih baik.

"Hargailah golongan pelawak ini selagi mereka masih hidup,” ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain