PELAKON Syifa Melvin akhirnya berkongsi foto yang memperlihatkan dia sedang berbadan dua bersama suami iaitu pemain bola sepak pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Safawi Rashid ketika menyambut perayaan Aidiladha pada Khamis. Syifa atau Nur Syifa Atirah Amirol Melvin, 29, meluahkan turut meluahkan rasa syukur bakal dikurniakan zuriat dan memohon agar urusan mereka suami isteri dipermudahkan. Syifa turut mendoakan pasangan suami isteri yang belum dikurniakan zuriat. "Alhamdulillah, kami dikurniakan rezeki yang sangat indah ini. Sentiasa doakan kami dan dipermudahkan segala urusan. "Aidiladha dari dua setengah (bersama bayi dalam kandungan)," katanya. ARTIKEL BERKAITAN: Sumbat bola dalam baju, Safawi dedah Syifa Melvin sedang hamil 6 bulan ARTIKEL BERKAITAN: [V] Syifa Melvin kongsi kehidupan di Thailand, seronok jadi suri rumah layan suami Dalam pada itu, Syifa turut mendoakan buat pasangan suami isteri yang masih belum dikurniakan zuriat. Kata Syifa, Allah pasti memakbulkan segala permintaan mereka yang sentiasa yakin dengan keajaiban berdoa. "Tak lama lagi yang menanti zuriat dari Allah akan mendapatkannya, Allah pasti makbulkan segala permintaan hambaNya yang selalu yakin dalam berdoa. "Kurniakanlah mereka rezeki zuriat agar mereka dapat merasai kebesaranMu. Aamiin," ujarnya. Sebelum ini, Safawi atau Muhammad Safawi Rasid, 26, mendedahkan isterinya kini sedang hamil enam bulan. Syifa dan Safawi bakal menyambut kelahiran anak pertama. Menerusi video tular di platform TikTok, Safawi berkata jaringan gol yang dilakukan pada perlawanan persahabatan antarabangsa dengan Kepulauan Solomon di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Terengganu dikatakan simbolik Syifa kini berbadan dua. Untuk rekod, Safawi dan Syifa mendirikan rumah tangga pada 28 November lalu di dalam sebuah majlis tertutup yang dihadiri ahli keluarga dan kenalan terdekat. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!