suria

Atiq Azman terbuka ditegur isu tayang badan tepi pantai, tetap dikaitkan dengan LGBT - “Takkan nak tunjuk keliling perempuan”

Atiq mohon beri teguran cara baik.

PELAKON Atiq Azman bersikap terbuka sekiranya ada pihak ingin menegur kesilapan dilakukan namun ia perlu menggunakan cara bersesuaian dan bukan bersifat menghina.

Atiq atau Raja Muhammad Atiqullah Raja Azman Shah, 23, berkata, menerusi pemerhatiannya teguran dibuat segelintir pihak tidak mencerminkan diri sendiri seolah-olah mereka tidak pernah melakukan sebarang dosa.

"Pertama sekali nak cakap terima kasih pada yang tegur Afiq, tak salah dipersilakan.

"Keduanya, cara nak menegur bukan menghina, cakap orang tak ada dosa, diri sendiri tak cermin buat dosa kau komen begitu?

atiq1 - 1

Atiq membuat penjelasan di Instastory miliknya.

"Cara tegur seeloknya doakan yang baik-baik, ini tidak, rasa diri bangga dengan cara teguran yang tidak mencerminkan diri," katanya.

Afiq berkongsi kekesalannya itu menerusi satu hantaran yang dimuat naik di Instastory miliknya pada Khamis.

Aktor berkenaan membuat penjelasan itu dipercayai isu membabitkan dirinya menerima kritikan netizen apabila memuat naik foto menayangkan badan sasanya ketika bersantai di tepi pantai.

Tindakan pelakon drama Nur itu mengundang rasa kecewa peminat kerana Atiq sebelum ini dikenali dengan imej baik dan 'alim'.

ARTIKEL BERKAITAN: Berbulan rezeki tertutup, sikap bertukar 'panas'... Atiq Azman dedah mangsa sihir individu dikenali

ARTIKEL BERKAITAN: Makin sado! Atiq Azman tayang badan, belanja 'six pax' buat peminat tak keruan

Menerusi foto yang dikongsi, Atiq dilihat menggayakan seluar pendek dan berkemeja dengan corak garis biru serta menayangkan bahagian perut yang berotot.

Dalam pada itu, Atiq berasa kelakar apabila ada pihak tetap mengaitkan foto yang dimuat naik itu dengan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT).

Pertahannya, apa sahaja yang dilakukan tidak akan dapat memuaskan hati orang lain dan tetap akan ada mencari kesalahannya.

"Lepas itu yang tekankan LGBT sekali lagi, ini paling kelakar... takkan aku nak tunjuk keliling perempuan?

atiq2 - 1

Nama Atiq sering terpalit dengan kontroversi sejak kebelakangan ini.

"Nanti (orang) mulut lancang juga mula la "eh la buaya mamat ini"," jelasnya.

Atiq memberitahu dia tidak marah dengan teguran dibuat namun cara ditujukan kurang sesuai.

"Sebenarnya saya cakap di sini bukan nak menggelupur korang komen seperti itu, korang yang menggelupur.

"Masing-masing ada salah sendiri, bukan cakap dosa tanggung masing-masing tapi cara teguran itu tak manis. Be profesional la," katanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain