suria

SoundCircus Festival 2023 khas buat peminat muzik rock, tiket masuk serendah RM35

Festival muzik SoundCircus Festival 2023 diadakan di MAEPS, Serdang.

SEBUAH festival muzik terbesar di tanah air iaitu SoundCircus Festival 2023 bakal diadakan pada 29 Julai ini bertempat di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS), Seri Kembangan, Selangor.

Ia merupakan sebuah festival yang memberi tumpuan khusus buat peminat genre rock, punk dan ska yang pertama seumpamanya di Malaysia dengan produksi bertaraf antarabangsa.

Tidak hanya itu, jenama motosikal terkenal dunia Harley Davidson turut terbabit dalam penganjuran festival muzik ini yang pernah terlibat dalam penganjuran acara seperti Asia Harley Days di Thailand dan Harley-Davidson 'Homecoming' di Amerika Syarikat.

circus1 - 1

Harley-Davidson turut terbabit dalam penganjuran festibal muzik ini.

Ketua Pengarah Eksekutif & Pengasas, Art Of Speed Malaysia (AOSM) & SoundCircus, Asep Ahmad Iskandar berkata, lima band tempatan berpeluang merebut hadiah berupa pakej ke luar negara bagi membuat persembahan di festival anjuran Harley Davidson pada akhir tahun ini.

"Kami akan mengetengahkan lima band tempatan yang akan bertarung dalam sebuah segmen khas Harley-Davidson 'Battle Of The Bands' untuk memenangi hadiah berupa pakej ke luar negara bagi membuat persembahan anjuran Harley-Davidson.

ARTIKEL BERKAITAN: Search dan Barbarik kongsi pentas lagi, Konsert Double Trouble 2 kembali 5 Ogos

ARTIKEL BERKAITAN: Impian Bunkface buat konsert di Sabah terlaksana, tiket dijual serendah RM88

"Festival muzik SoundCircus Festival 2023 tahun ini juga didatangkan dengan sistem visual audio yang lebih mantap dengan kemunculan band Superman Is Dead dari Bali, Indonesia yang akan mempersembahkan 16 lagu kesemuanya," katanya.

Barisan pemuzik dan band yang bakal beraksi termasuk No Good, Plague Of Happiness, MC16, Skudap Skudip, Dum Dum Tak, Krusty, Restraint, Naratu dan Armpunk Syndicate.

Bagi mereka yang berminat, tiket-tiket dijual pada harga RM120 (Festival Ticket), RM135 (All-Access), RM360/4 pax (Group Buy), RM35 (Exhibition Ticket) dan RM60 (Fastlane).

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain