PELAKON Reen Rahim terpaksa melupakan hasrat memiliki cahaya mata buat sementara waktu demi memberi fokus kepada kerjaya termasuk perlu memberi komitmen terhadap kontrak bersama sebuah jenama kenderaan. Reen atau Noreen Ashikin Abdul Rahim, 35, berkata, dia percaya pengorbanan itu pasti disertakan hikmah terbaik buat dia dan suami, Ahmad Nur Hazim Zainal Abidin, 29, suatu hari nanti. "Buat masa sekarang saya memang tak boleh hamil sebab terikat dengan kontrak. Jadi soal memiliki cahaya mata itu kami tangguhkan terlebih dahulu. "Alhamdulillah suami pun memahami dan sentiasa memberi sokongan terhadap kerjaya saya. Selepas tamat kontrak nanti, kami berserah sepenuhnya kepada Allah soal anak. Reen kini terikat dengan kontrak perlumbaan kereta. "Semua sudah ditulis dengan baik buat kami. Jodoh antara saya dan suami pun diaturkan baik oleh Allah. Jadi apa membuatkan kami gembira, kami lalui sahaja," katanya kepada mStar. Reen ditemui ketika majlis tayangan perdana filem terbaharu lakonannya berjudul Sue-On yang berlangsung di Starling Mall, Petaling Jaya pada Selasa. ARTIKEL BERKAITAN: Reen Rahim penat layan suami suka gurau, malas ‘fake’ di media sosial... “Tak ada cover-cover” Bercakap tentang pengorbanan, Reen sempat berkongsi keterujaan menyabut Aidiladha buat pertama kali sebagai seorang isteri. "Sebelum ini sambutan Aidiladha keluarga saya biasa sahaja. Kali ini saya teruja sebab akan sambut di rumah keluarga suami di Sungai Besar, Selangor. Jodoh antara saya dan suami pun sudah diaturkan baik oleh Allah. Jadi apa yang membuatkan kami gembira, kami lalui sahaja. REEN RAHIM PELAKON "Saya diberitahu sambutan di sana memang meriah setiap tahun. Jadi kenalah saya bersedia jalankan tugas sebagai menantu dan membantu apa sepatutnya. Memang teruja sambutan raya tahun ini," ujarnya. Berkongsi tentang perkembangan kerjaya, Reen sudah lama tidak terlibat dengan sebarang penggambaran dan kini lebih memberi fokus kepada perniagaan. Bagaimanapun kata Reen dia tidak akan meletakkan noktah terhadap kerjaya seni meskipun perniagaan semakin stabil.u. Reen bersyukur suami amat memahami kerjaya seni. "Kalau saya sudah berjaya pun saya tetap akan berlakon cuma sekarang saya fokus sebagai seorang usahawan. "Syukur rezeki datang buat saya dan suami selepas kami berkahwin... duduk rumah pun boleh jana pendapatan," jelasnya. Untuk rekod Reen sah bergelar isteri kepada Hazim pada 24 Disember tahun lal Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!