PENGACARA dan pelakon Alif Satar tidak pernah membayangkan dapat menunaikan ibadah haji bersama penyanyi Faizal Tahir yang juga sudah dianggap seperti abangnya sendiri. Ini kerana kata Alif atau Muhammad Alif Mohd Satar, 32, sebelum ini mereka beberapa kali pernah merancang untuk mengerjakan umarah bersama di Tanah Suci Makkah namun ia tidak pernah menjadi kenyataan. "Momen bersama abang saya, Haji Faizal Tahir. Dari dulu, bersembang fasal nak buat umrah sama-sama tak pernah menjadi. Aliff menunaikan ibadah haji bersama isterinya. "Rupanya kita cuma merancang tapi Dialah sebaik-baik perancang," katanya. Alif berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya pada Khamis. ARTIKEL BERKAITAN: "Bertahun kawan baru tahu dia mahir"... Sahabat baik tak sangka Alif Satar pandai guna bahasa isyarat ARTIKEL BERKAITAN: Hantar anak bongsu pusat rehabilitasi, Faizal Tahir syukur Maryam tunjuk perkembangan sangat positif Dalam pada itu, penyanyi lagu Jangan Nakal ini memberitahu dia bertemu dengan Faizal atau Ahmad Faizal Mohammad Tahir, 45, ketika berada di Padang Arafah, Makkah bagi melakukan rukun Wukuf. Kata Alif, dia memanjatkan kesyukuran dengan nikmat rezeki diberikan dan akan mengingati kenangan manis bersama Faizal di Padang Arafah untuk selamanya. "Melaksanakan ibadah haji ini tidak pernah bincang sama-sama pun dan secara fitrahnya sekarang kami sama-sama berada di Arafah dengan berkat rezeki yang diberikan oleh-Nya. "Sejak 2006 sampai sekarang dapat menunaikan haji 2023. Allahuakbar, saya akan hargai pengalaman ini selamanya," ujarnya. Sementara itu, Alif turut berkongsi keadaan cuaca sewaktu mengerjakan wukuf di Arafah dimana ia diibaratkan seperti 10 kali ganda ketika berada di dalam kereta tanpa memasang penghawa dingin. "Siapa yang ada pengalaman buat haji, memang sudah tahu cuaca di Arafah macam mana. Alif dapat menunaikan ibadah haji di usia muda. "Kalau nak tahu macam mana rasanya, masuk kereta sewaktu tengah hari tapi jangan pasang penghawa dingin... darab 10 kali. Alhamdulillah, Allah mudahkan," katanya. Pada 21 Jun lalu, Alif dan isterinya iaitu Sha Dila Halid berangkat ke Tanah Suci bagi mengerjakan ibadah haji. Alif turut berkongsi kegembiraan kerana turut bersama-samanya menyertai rombongan perjalanan haji kali ini ialah Mufti Perlis, Datuk Mohd Asri Zainul Abidin. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!