suria

“Saya tidak dijemput” - Jep perjelas tak datang majlis kahwin Shuib dan Watie

Jep akhirnya menjawab persoalan peminat.

KETIADAAN kelibat pelawak Jep Sepahtu ketika majlis pernikahan sahabatnya iaitu Shuib minggu lalu menjadi tanda tanya dalam kalangan peminat mereka.

Malah ketika Jep atau Muhd Nadzri Zainal Abidin, 38, membuat video siaran langsung di TikTok miliknya, peminat turut membangkitkan perkara itu bagi mendapat jawapan daripadanya.

Bersahaja menjawab pertanyaan itu, Jep yang berada di kampung untuk menyambut Hari Raya Aidiladha memberitahu dia tidak hadir kerana tidak mendapat jemputan.

jep2 - 1

Jep mendedahkan dalam satu sesi siaran langsung di TikTok.

"Oh saya tidak dijemput," jawabnya ringkas.

Sebelum ini, hubungan kedua-dua pelawak ini dikatakan renggang selepas Shuib mengambil keputusan tidak lagi kembali menyertai program Sepahtu Reunion.

ARTIKEL BERKAITAN: Cubaan pujuk sertai semula Sepahtu Reunion tak wujud, Shuib tetap dengan pendirian - "Mereka tahu sebabnya"

ARTIKEL BERKAITAN: Jep dedah Shuib enggan sertai SRL akibat tak puas hati digantung Astro kerana aksi kurang sopan

Malah Shuib menyangkal wujud sesi pujuk memujuk agar dia kembali ke pangkuan program berkenaan sehingga menimbulkan pelbagai presepsi kurang baik tentang mereka berdua.

Susulan itu, Jep mendedahkan Shuib mengundurkan diri selepas insiden dia melakonkan salah satu babak yang didakwa terdapat unsur lucah sehingga menerima kecaman ramai.

Disebabkan itu, Shuib digantung daripada muncul dalam program tersebut selain diminta membuat permohonan maaf secara terbuka namun dia tidak dapat menerima keputusan itu.

Pada 23 Jun lalu, Shuib dan Watie Hanifiah sah bergelar suami isteri pada majlis yang berlangsung di Putra Glass Hall, Shah Alam.

jep3 - 1

Shuib selamat mendirikan rumah tangga bersama Watie.

Majlis akad nikah itu turut dihadiri rakan-rakan selebriti termasuk Fasha Sandha, Nora Danish, Ustaz Don Daniyal, MK K-Clique, Wan Sharmila dan Marsha Milan.

Untuk rekod, Shuib memiliki empat orang cahaya mata hasil perkahwinan bersama Allahyarham Siti Sarah Raisuddin iaitu Uwais Alqarni, 11, Dzahira Talita Zahra, 9, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan yang kini berusia dua tahun.

Siti Sarah meninggal dunia pada 9 Ogos 2021 akibat jangkitan Covid-19.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain