PELAKON Datuk Fizz Fairuz tidak melatah apabila dituduh membeli trofi kemenangan Anugerah Perniagaan Terbaik Malaysia 2023 yang berlangsung pada Isnin lalu. Fizz atau Mohd Fairuz Zainal Abidin, 43, berkata, tuduhan tersebut dilemparkan mungkin disebabkan perniagaan yang diusahakan tidak mendapat perhatian ramai memandangkan dia tidak dikenali sebagai usahawan. Bagaimanapun jelas Fizz, dia ada menjalani beberapa jenis perniagaan malah ada produk keluarannya berjaya sehingga ke luar negara. "Saya tahu ramai yang bertanya terutama di dalam TikTok yang saya ini berniaga apa sehingga diberikan anugerah. Saya sedar saya tidak terkenal macam Meerqeen atau Anna Jobling yang orang ikuti setiap perkembangan. Fizz terima Anugerah Perniagaan Terbaik Malaysia 2023. "Tapi anugerah yang saya terima ini diberikan oleh orang. Saya memang berniaga dan saya ada lima produk yang saya jual macam songkok, sambal dan produk kecantikan. "Sambal saya pun dah sampai ke Turkiye kalau nak tahu," katanya. Fizz berkongsi perkara itu ketika ditemui di malam tayangan perdana filem Sue-On yang berlangsung di Petaling Jaya, Selangor pada Selasa lalu. ARTIKEL BERKAITAN: Fizz Fairuz korban 7 ekor lembu sempena Aidiladha, ada simbolik di sebalik ARTIKEL BERKAITAN: [V] Kota janji terhadap Almy Nadia nombor satu, bentuk badan bukan isu buat Fizz Fairuz Berkongsi lebih lanjut, Fizz turut mengakui dia ada membaca beberapa komen daripada netizen namun tidak terasa hati dengan tuduhan tersebut. Malah selepas ini dia juga akan berkongsi mengenai perniagaannya dengan lebih kerap agar tuduhan seperti ini tidak berulang lagi. "Saya tak bercerita semua perkara dengan orang tapi saya tak berkecil hati dengan komen netizen. Selama saya dalam industri saya tak pernah sentap. Fizz tak sentap dengan komen netizen. "Memang saya ada baca komen dari netizen kadang saya balas juga, tapi bukan selalu. "Mungkin saya pun tak kongsi sangat mengenai perniagaan saya, jadi ramai yang tak tahu. Lepas ini saya akan kongsi lebih banyak supaya ramai yang tahu," kongsinya. Sebelum ini, nama Fizz dan isterinya Datin Almy Nadia menjadi buah mulut ramai apabila menjadi salah seorang penerima anugerah Malaysia Best Business Award 2023. Acara itu anjuran Media Home Communication yang menghimpunkan lebih 50 usahawan berjaya dalam pelbagai kategori perniagaan masing masing. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!