suria

Nonny Nadirah kembali bertudung, penantian 3 tahun Mila Jirin berakhir - “Jangan hilang lagi dari radar persahabatan”

Penampilan terbaharu Nonny dilihat kembali bertudung.

PENYANYI dan usahawan Mila Jirin akhirnya bertemu kembali dengan sahabatnya pelakon Nonny Nadirah yang sudah tiga tahun menghilangkan diri.

Mila atau Norsyarmilla Jirin, 35, berkata, dia tidak menyangka dapat bertemu dengan Nonny setelah sekian lama mencari rakan baiknya itu.

Malah dedah Mila, dia pernah membuat keputusan untuk terbang ke kampung halaman aktres itu di Sabah namun dihalang Nonny selain tidak enggan berkongsi alamat rumahnya.

"Masya Allah saya tak sangka sebab saya dapat berjumpa dengan seseorang yang sudah lama saya cari.

mil

Mila berharap Nonny tidak lagi menghilangkan diri.

"Nasib baik tak sampai depan rumah dia, dah nak pergi pun mujur dia tak bagi alamat. Kalau dia bagi alamat dah sampai dah," katanya.

Mila berkongsi pertemuannya dengan Nonny di sebuah pusat beli-belah menerusi sebuah video yang dimuat naik di Instagram miliknya pada malam Ahad.

ARTIKEL BERKAITAN: Nonny Nadirah buat hal lagi, kongsi gambar berkemban dalam tong air... Mila Jirin dah tak larat - "Populariti belum tentu bawa sepinggan nasi pada kau!"

ARTIKEL BERKAITAN: Niezam Zaidi dituduh jadi punca Nonny Nadirah berubah seksi - "Ada juga suruh saya kahwin dengan dia"

Menerusi video tersebut, Nonny atau Nonny Nadirah Zainuddin, 33, tampil berpakaian serba hitam dilihat sudah kembali menutup aurat.

Dalam pada itu, Mila meluahkan rasa sayang terhadap rakan baiknya dan berharap agar persahabatan mereka tidak lagi terputus.

“Selepas tiga tahun baru berjumpa, Alhamdulillah... Aku sayang kau Nonny. Jangan hilang lagi dari radar persahabatan,” ujarnya.

mila1 - 1

Nonny pernah mencetuskan kontroversi apabila membuka tudung dan memuat naik gambar seksinya di Instagram.

Pada 2021, Nonny mula menjadi sebutan netizen apabila memuat naik video dengan penampilan baharu yang lebih seksi sehingga menimbulkan kebimbangan dalam kalangan rakan-rakannya.

Mila merupakan rakan artis pertama yang meluahkan rasa kecewa dengan perubahan Nonny itu dan menasihatinya supaya kembali ke pangkal jalan.

Ketika itu kata Mila, dia sudah berusaha sehabis baik membantu Nonny namun segala nasihat dan teguran seolah-olah tidak dipedulikan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain